Salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dr. Fathul Karim Sahrani

Innalillah wa innailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Dr. Fathul Karim Sahrani, pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM telah kembali ke Rahmatullah pada 9 Januari 2022 (Ahad) bersamaan 6 Jamadilakhir 1443H. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
‎ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, berikan rahmat kepadanya, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia, luaskan kuburannya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga almarhum di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Salam Takziah daripada
Seluruh Warga Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM).