Keselamatan Alam Sekitar & Pengurusan Bencana
Falsafah
Penjanaan dan pembangunan ilmu berkaitan keselamatan persekitaran dan pengurusan bencana secara bijak, beretika, berkesan, dan menyumbang dalam proses pembangunan lestari Negara
Visi
- Pendekatan dan pembangunan teknologi keselamatan persekitaran dan pengurusan bencana secara beretika, meluas, dan berkesan.
- Proses penyelidikan dan inovasi dilaksana melalui perancangan, pemantauan dan penilaian yang berhemah.
- Golongan mudah terancam dan kawasan sensitif alam sekitar akan diberi fokus dalam penyelidikan.
- Penyebaran hasil penyelidikan dan perkongsian maklumat kepada pihak berkepentingan dilaksana secara intensif dan meluas.
Misi
- Melaksanakan tugas teras penyelidikan, pendidikan, latihan dan khidmat masyarakat secara bertanggungjawab.
- Memperkukuhkan penyelidikan melalui jaringan strategik untuk mencapai hasrat keselamatan sekitaran dan pengurusan bencana di peringkat setempat, kebangsaan, serantau dan antarabangsa, melalui pelan jangka panjang (blueprint/roadmap/strategik) yang dibina secara bermuafakat dan bersepadu.
Objektif
- Melaksanakan dan mempertingkatkan penyelidikan dalam bidang keselamatan sekitaran dan pengurusan bencana di Malaysia.
- Menjalankan penyelidikan bermutu tinggi dan berintegrasi dalam bidang tujahan.
- Mewujudkan kumpulan penyelidik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
- Menyebarkan ilmu penyelidikan melalui proses penyampaian pendidikan dan perbincangan bersama pihak berkepentingan.