Penghidupan Lestari dan Penilaian Kelestarian
Kumpulan ini bertujuan mendokong gagasan pembangunan lestari dengan memberi penekanan kepada kelestarian ekonomi. Aspek-aspek yang menjadi fokus kajian kumpulan ini ialah hubung kait ekonomi dan alam sekitar serta sumber asli; ketidaklestarian dan degradasi alam sekitar akibat aktiviti manusia; dan mengambil kira faktor alam sekitar dan kelestarian ekonomi dalam perancangan dan pembangunan ekonomi. Tumpuan juga diberikan kepada dimensi, faktor dan penunjuk kelestarian ekonomi.