Proses Pemilihan MPP 2021-2023

Proses pemilihan MPP bagi sesi 2021-2022 dilakukan secara dalam talian (online) memandangkan proses berkenaan didapati lebih praktikal, mudah, menyeluruh dan adil. Semakan mendapati ianya juga tidak bercanggah dengan perlembagaan PSUKM
Jawatankuasa telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:
📍Penamaan Calon MPP : 07 hingga 09 Oktober 2020
– dilanjutkan berikutan kekurangan calon : 18 Oktober 2020
📍Tarik diri pencalonan : 14 hingga 15 Oktober 2020
📍Borang Pencalonan Semula Presiden PSUKM : 15 hingga 20 Februari 2021- berikutan tiada calon bagi jawatan Presiden
📍Tarikh Mengundi : 17 hingga 22 Ogos 2021
📍Pengumuman : 03 September 202
Mesyuarat Agung PSUKM ke 10 seterusnya berlangsung dengan pembentangan laporan pemilihan Barisan Majlis Pegawai Persatuan yang baharu bagi sesi 2021-2022.
.
Alhamdulillah, proses pengundian dan pelantikan tersebut semuanya berjaya dibuat dengan teratur dan saksama mengikut peruntukan perlembagaan pertubuhan serta mematahui peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan.
.
Semoga dengan perbentukan struktur Barisan MPP Baharu yang lebih mantap ini akan membawa PSUKM bergerak lebih maju kehadapan selaras dengan perubahan teknologi semasa dan berkompeten selaras dengan objektif pertubuhan.