Jamuan Raya PSUKM 2023

Pada 19 Mei 2023, PSUKM telah menganjurkan Sambutan Hari Raya PSUKM bertempat di Azue Event Hall, Evo Bangi bertemakan Ratu Sehari.

Majlis sambutan raya yang dihadiri kira-kira 100 orang ahli bertambah meriah apabila ada tetamu yang hadir dengan menggayakan busana pengantin.

Sambutan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Zanudian Mohd Daud selaku penasihat PSUKM.

Majlis turut meraikan Persaraan Ahli PSUKM yang telah bersara dan penyampaian APC Tahun 2022. Majlis juga turut diserikan dengan cabutan bertuah kepada ahli-ahli PSUKM yang telah disumbangkan oleh semua MPP.

 

Terima kasih dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.