Kunjungan Rasmi MPP PSUKM ke SETIA UUM

Pada 22 September 2019 (Ahad), Majlis Pegawai Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM), telah mengadakan kunjungan rasmi ke SETIA UUM. Ini merupakan kunjungan balas pihak PSUKM kepada SETIA UUM yang telah mengadakan kunjungan ke UKM pada 28 April 2018.

Pihak PSUKM ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak SETIA menerima kunjungan balas kami pada 22 September 2019.  Kami amat terharu dengan sambutan dan layanan pihak SETIA dan pihak UUM yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan lawatan ini.  Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengwujudkan rakan jalinan perkongsian maklumat antara persatuan dapat diteruskan di masa hadapan.

Antara intipati kunjungan tersebut, adalah perkongsian pengalaman, pandangan dan cadangan berhubung :

  • penambahbaikan pengurusan dan perancangan Persatuan masing-masing;
  • perkembangan terkini perjawatan Setiausaha di dalam sektor awam terutamanya lantikan Badan Berkanun;

Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa kunjungan tersebut secara langsung telah mengeratkan hubungan silaturahmi antara PSUKM- SETIA. Semoga hubungan ini dapat terjalin dengan lebih erat pada masa-masa mendatang.