Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSUKM 2018/1439H

Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM) telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSUKM 2018/1439H dengan jaya dan lancarnya seperti berikut :

  • Tarikh : 13 Julai 2018 (Jumaat)
  • Masa : 2.30 petang
  • Tempat : Bangi Golf Resort

Majlis tersebut telah dihadir oleh seramai 100 orang ahli persatuan PSUKM yang datang memeriahkan jamuan Hari Raya PSUKM 2018. Pelbagai aktiviti selingan seperti:

  • Nyanyian lagu raya
  • Cabutan bertuah
  • Penyampaian saguhati kepada Mantan MPP PSUKM 2016-2018
  • Penyampaian Hadiah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Majlis sambutan Hari Raya PSUKM merupakan acara tahunan persatuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli persatuan serta meraikan ahli-ahli persatuan yang menerima anugerah APC dan tidak lupa juga meraikan ahli yang akan bersara. Majlis dimulakan dengan ketibaan VIP jemputan iaitu Tuan Hj. Zainudin Mohd Daud, Penasihat PSUKM dan iringi oleh Presiden PSUKM iaitu Puan Siti Zanariah Ismail. Majlis seterusnya dibuka dengan ucapan kata alu-aluan dari Presiden PSUKM dan diikuti dengan bacaan doa.