Sesi Pertemuan Bersama Penasihat PSUKM
Sesi Pertemuan Bersama Penasihat PSUKM Bil 2/2021 telah diadakan pada 12 November 2021 yang lalu.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Tn. Hj. Zanudin Daud selaku penasihat PSUKM, Presiden, Timbalan Presiden, Timbalan Setiausaha serta ketua-ketua biro bagi membentangkan perancangan dan aktiviti PSUKM.
Penasihat juga telah memberikan sedikit sebanyak teguran untuk penambahbaikan PSUKM khususnya.
Semoga PSUKM terus komited dalam memperjuangkan hak serta kebajikan Setiausaha – setiausaha hebat di UKM.