Borang Tabung Kebajikan
Bantuan kebajikan kepada ahli dalam bentuk kewangan adalah mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Ahli layak menerima bantuan selepas 6 bulan menjadi AHLI PSUKM.
Permohonan bagi semua jenis bantuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh musibah dan berstatus AKTIF dalam perkhidmatan dan juga sebagai Ahli PSUKM.
Ahli yang ingin membuat tuntutan permohonan tabung bantuan boleh membaca peraturan-peraturan, mencetak dan mengisi Borang Bantuan Tabung Kebajikan PSUKM di bawah.