Flash: Soalan: shahrile@celcom.com.my Assalamualaikum....En. Raaiman.
Saya nak tahu pasal Flash Gun / speedlight untuk SLR. Mungkin selama ni saya guna flash biasa yang tak berapa kuat pancarannya. Sebab tu beberapa style saya macam bounce atau diffuser selalu gagal! Saya ingat semua flash sama :). Sekarang saya bercadang nak beli flash baru yang hampir sempurna (kalau mampu). Untuk pengetahuan En. Raai, SLR saya Canon EOS. Jadi saya nak tahu beberapa panduan membeli Flash Gun. 1. Betul ke perkara utama untuk memilih flash ialah mengetahui Guide Number (GN) flash tersebut? atau ada ciri-ciri lain yang perlu diketahui dahulu? 2. Adakah semakin besar GN, maka semakin mahallah flash? 3. Sejauh mana jenama flash mempengaruhi kualiti cahaya flash? Saya amat gembira jika En. Raai menjawab beberapa soalan saya kali ini. Minat saya semakin mendalam dalam bidang fotografi. Cuma mahukan panduan yang berpengalaman supaya tidak hampa dan berputus asa ditengah jalan. Terima kasih bebanyak!
Wassalam. -------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum. 1. GN untuk flash penting jika anda mahu membeli flash. GN yang besar menetukan pancaran cahaya yang baik. Lagi besar BN nya lebih besar simbahan cahayanyadan lebih jauh. Contoh Canon speedlight 420EX (GN138)lebih kecil GN dengan 540EZ (GN54/177) 2. Ya, harganya lebih mahal. 3. Jenama flash penting kerana jenama mengawal kualitifoto. contoh bila anda menggunakan Canon maka adalah lebih baik menggunakan flash Canon. Waallahwaklam
|