ISO/ASA Yang Sesuai

Soalan: 
Daripada: Abu bakar Bin Mohd. Bohri
Email: burnwhitestone@hotmail.com 



(Soalan ini dihantar menerusi "Forum Senifoto")

 

Salam sejahtera.

Saya adalah salah seorang peminat seni fotografi tetapi masih baru lagi, dan saya ingin bertanya tak adakah pertandingan fotografi yang dianjurkan.Saya mempunyai banyak koleksi yang lebih kepada alam sumulajadi tumbuh-tumbuhan, serangga dan aktiviti lasak.


Dan saya ingin bertanya satu lagi, boleh tak berikan saya teknik untuk mengambil gambar dalam keadaan yang gelap dan terang seperti filem yang sesuai, ASA, Aperture, dan lain-lain. Jika ada tolong guna alamat e-mail saya. Jika ada apa-apa berita tolong maklumkan pada saya guna e-mail juga.

sekian terima kasih.

 

Jawapan:

Untuk menjawab soalan ini agak umum. Dalam keadaan gelap apa foto yang mahu anda rakamkan? Suasana waktu malam yang hanya diterangi dengan cahaya kota, cahaya lampu kampung, atau bangunan sahaja yang hendak dirakamkan.

Atau anda mahu merakam objek yang hanya menggunakan cahaya lampu, lilin atau sebagainya. Adakah anda mahu merakamkan foto tanpa flash, menggunakan flash dalam dalam keadaan gelap. Secara umum saya mahu menerangkan cara merakamkan foto dalam keadaan gelap tapi masih ada cahaya seperti di kawasan bandar. Semua jenis ASA boleh digunakan, cuma ASA tinggi (400) akan memberikan keupayaan f/stop yang kecil (f11) dengan penggunaan shutter speed yang agak tinggi (1/125). Tapi kesan warna akan memberi mutu yang tidak baik, seperti kontras yang agak tinggi, warna kadang kala akan berubah dari apa yang boleh diberikan oleh ASA rendah.

Namun anda boleh mencuba menggunakan ASA rendah (100) dengan membiarkan penggunaan f/stop kecil (sehingga 32) tapi anda berisiko menggunakan shutter speed rendah (mungkin hingga 1 minit!), dan anda akan memperolehi hasil foto yang begitu menarik.

Pastikan anda menggunakan tripod untuk membantu agar kamera anda tidak bergoyang. Umum, pada teorinya untuk merakamkan foto dalam suasana agak suram, seperti dalam dewan, dan sebagainya; anda harus memikirkan untuk menggunakan ASA lebih tinggi seperti 200.. Saya cadangkan penggunaan ASA itu memandangkan cahaya dalam dewan tidak melantun kembali. Dengan ini akan memungkinkan gambar kurang jelas dan dengan penggunaan ASA tinggi, ada berhak menggunakan f/stop agak kecil

Contohnya jika menggunakan ASA 100 f/stopnya 4 tapi jika menggunakan ASA 200 akan menjadi 5.6 dan jika 400 anda berhak mengecilkan lagi sehingga f/Stop 8! Dalam keadaan cerah, anda boleh menggunakan ASA 100 sahaja sebab Sila rujuk bab filem, flash, potrek, dan soal jawab dalam Alam Senifoto bagi maksud rujukan anda. Disana banyak saya terangkan panduan yang begitu asas untuk mengenali apa itu senifoto.

Jumpa lagi.