Reflektor

Soalan:


 --- shahrile@celcom.com.my wrote: > Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya ada terbaca dalam satu laman
 web mengenai flash
 reflektor. Mungkin product ini masih baru, sebab
 saya belum pernah terbaca
 dari laman web saudara mengenai alternatif lain
 untuk melembutkan cahaya
 flash selain yang saudara bincangkan seperti bounce
 ke siling rumah atau
 kertas tressing. Ia adalah "Omni-bouced". Tak tahu
 samada ia adalah nama
jenama atau nama khusus. Tapi, saya yakin saudara
tahu. Alatnya diperbuat
daripada plastik putih hampir jernih. Ia menutup
permukaan flash light. Ia
 bertindak "menapis" cahaya flash dan menyebarkannya
 dengan lembut ke arah
 object. Dan hasilnya cahaya akan menyelaputi object,
 mengurangkan bayang
 dan tersebar luas.
      Soalannya,
           1.   Benarkah ia benar-benar efektif jika
 digunakan seperti yang
 di iklankan?
           2.   Apa pendapat saudara tentang
 penggunaan alat ini? Dan
 setting yang bagaimana yang kita perlukan bagi
 mendapatkan hasil yang
           optimum?
      Mungkin alat ini lebih efektif dari teknik
 bounce kerana dalam teknik
 bounce, flash saya hanya boleh diarahkan ke
 atas/bawah. Kalau ambil gambar
 menegak (potrait) dah tak boleh.Terpaksa rapat
 sedikit ke dinding kekiri
 atau ke kanan untuk bounce flash ke dinding :.(
      Jawapan saudara saya dahului dengan terima

 kasih.
 


Jawapan:

Assalamualaikum

1. Reflektor yang dimaksudkan bukan baru dalam dunia
senifoto. Cuma apa yang bincangkan dulu agak lain ia
itu saya mencadangkan untuk membuat sendiri atau
membeli dikedai. Pernah saya sebut boleh dibuat dengan
plastik putih. Reflektor ini baik untuk menggantikan
silling kerana ianya lebih hampir dengan flash.

2. Sambil itu saya pernah mencadangkan untuk
menggunakan filter flash untuk melembutkan cahaya. Dan
filter flash juga boleh mengembangkan cahaya agar
soft.

Kedua-dua alat ini memberikan hasil yang berbeda
dengan teknik bounce. Teknik bounce lebih kepada
pantulan cahaya yang agak jauh dari siling. Kedua-dua
alat boleh digunakan mengikut cita rasa karyawan.

Dalam masalah flash anda yang tidak boleh memberi
kesan tepi kiri atau kanan maka saya cadangkan
menggunakan flash filter atau flash reflektor. Sekian.