Sportlight: Daripada: KhairulNizam(yon_kn) Soalan: Assalamualaikum En. RaaiMan. Saya boleh dikata tak sampai setahun jagung lagi dalam bidang fotorafi ini. Semenjak awal tahun ini bila saya timbul minat di dalam bidang fotografi saya selalu melihat laman alamsenifoto ini yang diterajui oleh En. RaaiMan sebagai panduan saya untuk memajukan diri dalam bidang fotografi ini. Buat pertama kalinya saya ingin bertanya beberapa soalan: 1. Jika saya menggunakan satu lampu "sportlight" (tungsten lebih kurang 150W hingga 250W) untuk mengambil gambar pengantin, ianya akan memberi kesan kuning pada gambar. Oleh itu Filter Biru perlu digunakan untuk pembetulan warna. Jadinya filter biru yang mana satu perlu saya gunakan samada 80A,80B,80C, 82A,82B atau 82C (Filter jenis Hoya) 2. Jika saya ingin menggunakan dua lampu "sportlight"(tungsten lebih kurang 150W hingga 250W) di manakah kedudukan yang terbaik untuk diletakkan "sportlight" tersebut untuk mendapatkan pencahayaan yang agak baik. Dan boleh atau tidak jika"sportlight" tersebut di "bounce"kan ke siling rumah/dinding. 3. Untuk menghilangkan bayang yang tebal di belakang objek (Pengantin) adakah baik di letakkan sportlight/lampu floresen di bahagian belakang pengantin? Jika sportlight lebih baik adakah 150W memadai atau bagaimana. (Di samping flash menggunakan teknik bounce) 4.Bagaimanakah pengiraan asas bagi Guide No untuk flash bagi menentukan Aperture/jarak yang sesuai digunakan jika menggunakan direct flash. Jika teknik Bounce digunakan bagaimana pula pengiraannya asasnya sebab saya rasa ia mungkin melibatkan sudut bounce yang dilakukan atau bagaimana???? 5. Apakah perbezaan apabila menggunakan mode Program "P" berbanding mode Manual "M" Contohnya : Jika saya menggunakan mode "P" secara automatiknya kamera akan setting S/S - 90, A - f/5.6 dan apabila saya gunakan mode "M" saya akan setting S/S - 90 , A - f/5.6.(Kedudukan objek sama) Jadinya apakah perbezaan gambar yang terhasil dan adakah kelajuan/kecerahan lampu flash berbeza atau apa cadangan En RaaiMan. Sekian sahaja dahulu persoalanan dari saya buat masa ini yang ingin menambahkan pengetahuan yang berguna. Jika ada salah dan silap persoalanan minta tolong perbetulkan di atas cetiknya ilmu photografi dalam diri saya. Bantuan dan maklumat dari En. RaaiMan amat bernafaat bagi rujukan diri saya. Segala tunjuk ajar dan maklumat dari En. RaaiMan di dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Wassalam C U N Take Care Yon_kn@Yahoo.com Dari Pantai Timur
Jawapan: Assalamualaikum Terima kasih kerana menjadikan Alam Senifoto sebahagian sumber rujukan. Tidak semua yang yang ada boleh menjadi garis panduan. Saya mencadangkan anda terus melayari lain-lain laman web demi menambah pengetahuan.
1. Tungsten sportlight sebenarnya tidak begitu sesuai dengan still fotografi. Kesan kuningnya akan memberikan contrast yang agak keras. Cuma boleh dielakkan dengan menggunakan dua cara. a. Gunakan Slaid Tungsten b. Filter Biru dengan kepekatan yang agak kuat. Namun ada kalanya masih kuat contrasnya. Semua filter yang anda sebut boleh digunakan dengan memberitahu pihak lab agar mengurangkan kesan kuning ketika mencetak gambar. Adalah lebih baik dapatkan flash light yang boleh menggeluarkan cahaya daylight. Umpamanya umbrela flash, atau dari jenama Vesetec flash. kesan dari simbahan cahayanya akan memberikan mutu gambar yang baik. Selalunya kesan tungsten ini akan hadir bersama cahaya vedio kamera. Oleh itu jika anda menggunakan cahaya yang saya maskudkan model akan merasa tidak rimas, dan boleh memberikan kesan mutu gambar yang baik. Jika menggunakan cahaya yang saya maksudkan kesan bayang pada belakang model tidak timbul kerana simbahan cahayanya begitu soft. Kedudukan cahaya adalah berpandukan konsep cahaya: Depan (kiri/kanan), Atas, Belakang. Cahaya boleh diubahsuai mengikut bentuk muka model agar kesannya tidak akan mengubah bentuk muka model. Katakan muka bulat; jangan letak cahaya sisi kerana hasilnya akan nampak gemuk.
2. Teknik bounce boleh dilakukan dengan hanya meletakkan mood auto dimana kiraan nya akan memberikan fstop 5.6 pada ISO 200 jarak siling adalah bergantung pada kiraan auto yang ada pada kamera. Dan hala flash agar tidak tersimbah ke belakang model. Jika tidak model akan kelihatan hitam. 3. Mood Program (P) dan mood Menual (M) adalah sama hasilnya. Cuma jika anda ingin menentukan pilihan Aperture misalnya adalah lebih baik menggunakan mood M agar anda boleh memilih aperture yang dikehendaki. Katakan anda inginkan aperture 8 sedangkan jika menggunakan mood P tidak boleh maka adalah lebih baik menggunakan mood M agar kesesuaian aperture dan Shutter Speed boleh dibuat. Sekian; semuga kita boleh berurusan lagi.
|