Dunia sudah
di perkenalkan dengan teknologi digital. Semua orang bercakap tentang
digital. Semua bidang perlu menggunakan digital. Tidak dapat lari lagi.
Kerana digital telah memudahkan semua jenis pekerjaan. Siapa yang tidak
mahu membicarakan tentang digital akan ketinggalan.
Dunia fotografi juga begitu. Cukup pantas. Semua jenama kamera dan sebagainya
peralatan mengenai fotografi menggunakan digital. Dulu kehadiran fotografi
digital cuma dalam organisasi besar. Ini disebabkan ia berkehendakkan
kos yang mahal.
Karyawan fotografi belum menerima tenologi digital. Waktu itu ia di ambil
oleh mereka yang menggunakan rangkaian IT. Komputer boleh menyimpan foto
dengan penggunaan Scanner atau kemera kecil yang menggunakan cabel. Waktu
itu foto didi scan ke komputer untuk membina rangkaian laman web atau
pembentangan kertaskerja.
Akhirnya ICT cukup cepat menguasai dunia. Penceramah tidak lagi menggunakan
Slide Projector atau Overhead Projector. Kini dengan komputer bimbit dan
pen memori kerja sudah mudah. Penghasilan foto boleh di hasilkan dengan
Kamera Digital
Kamera Digital:
Kamera Digital ( K_Digital ) adalah sebuah kamera yang dicipta dengan
teknologi komputer. Menyimpan foto dalam K_Digital seperti kita menyimpan
data dalam komputer. K_Digital boleh diumpamakan sebuah komputer bimbit
atau PDA. Cuma K_Digital menyimpan foto.
Mengendalikan K_Digital lebih mudah jika seseorang karyawan foto itu mahir
dengan pengendalian ICT!! Perisian seperti Photoshop, Photoeditor, Animation
Shop, Paint Shop dan sebagainya perlu dipraktikkan.
Kemahiran menggunakan printer amat baik jika boleh dipelajari. Namun ini
tidak menjadi masalah kerana untuk mencetak kita boleh menghantar ke mana-mana
makmal yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Dalam laman ini penulis ingin membawa pembaca memahami sifat, kegunaan
beberapa fungsi pada sebuah K_Digital. Keterangan yang diterangkan tidak
menyeluruh kerana penulis hanya mengambil beberapa panduan dari kamera
tertentu. Namun kebanyakkan K_Digital mempunyai mode yang hampir serupa.
Harus difahami bahawa K_Digital yang sering digunakan adalah bersistemkan
Compact atau Astamatic Kamera. Walaupun begitu, harganya agak mahal. Tapi
jika anda ingin mengecapi apa itu K_Digital tidak salah untuk membeli
sebuah kamera yang murah sekitar RM 500 dengan 2 Megapixel. Jika anda
yang mahukan jumlah mutu foto yang baik seperti 3 hingga 4 megapixel anda
perlu membayar dengan harga lebih dari itu.
K_Digital di pasaran sudah boleh memenuhi keperluan semasa. Kamera-kamera
ini boleh menghasilkan beberapa elemen yang bercirikan kamera konvensional
( kamera filem ).
Sebelum membeli K_Digital pastikan jumlah megapixel (MPIX)yang anda perlukan.
Pilihan boleh dibuat dengan contoh; 2.0, 3.0,4.0,5.0, 6.0. MPIX ialah
kehalusan mutu foto yantg terhasil. Ia boleh disamakan dengan penghasilan
mutu foto filem dengan penggunaan ISO. Jika ISO tinggi hasil grainnya
kasar. Jika jumlah MPIX tinggi grain, tone warna akan bermutu.
Jenama K_Digital ? Penulis tidak mahu mengiktiraf mana-mana jenama. Namun
anda yang sudah menggunakan apa-apa jenama boleh mendakwa jenama mana
yang bermutu. Namun harus diingat, penghasilan K_Digital hasil ciptaan
saintis/jurutera zaman ini. Kelebihan yang terdapat pada mana-jenama adalah
hasil kerja jurutera jenama itu sendiri.
Fungsi K_Digital
Lens: Pilih kesesuaian
lens yang anda mahu. Ada kamera yang menyediakan sudut lens 8-24mm
dengan f/2.8. Fungsi 3 kali optical zoom atau lebih. Keupayaan close
sehingga 1.6 cm. Hasilnya anda boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan
dengan mudah. Zoomnya sehingga hampir 200 meter.
Uplood: Pilih cara pindahan
foto ke PC dengan mudah. K_Digital dibekalkan dengan perisiannya sendiri
untuk kemudahan uplood.
Flash: Lihat keupayaan
flash K_Digital . Berapa jauh flash boleh menyimbah.
Mood operasi: Ia terbina
secara digital. Mood ini berfungsi seperti kamera program bagi SLR
filem. Fucusnya secara automatik. Lihat keupayaan Shutternya apabila
anda menekan untuk membuat rakaman foto.
Mahirkan penggunaan Program Moodnya. Fungsi Automatik akan memudahkan
kerja anda yang baru belajar merakam foto. Segala Aperture, Shutter
Speed akan diprogram oleh sistem yang dibina. Contoh; jika cahaya
cukup K_Digital akan merakam tanpa flash. Jika cahaya rendah K_Digital
akan memberikan simbahan cahaya secara automatik.
Program Manual: Ia boleh
dilaras mengikut kehendak kita. Katakan anda mahukan Aperture f22
maka Shutter Speed akan perlahan. begitu sebaliknya.
Keistimewaan pada K_Digital ialah dengan terbinanya fungsi-fungsi
Special Effect.
Rakaman waktu malam dengan Night Lanskap dimana jika anda tidak mahu
menghilangkan kesan cahaya aslinya maka fungsi ini perlu digunakan.
Contoh merakam bangunan waktu malam.
Museum: Adalah untuk merakam
bahagian dalam rumah, bangunan tanpa flash.
Fireworks Show: Jika anda
ingin merakam pertunjukan bungga api
Close-Up: Untuk kerja
close-up
Copy: Paling menarik K_Digital
boleh berfungsi sebagai scanner
Back Light: Cahaya flash
akan tersimbah jika menggunakan fungsi ini dengan cahaya arah belakang
model.
Potrait: Untuk rakaman
potret
Indoor: Rakaman di majlis
tanpa simbahan cahaya flash
Night Portrait: Untuk
merakam potret pada waktu malam
Beach/Snow: Rakaman foto
di pantai atau di musim salji ( jika anda keluar negara)
Landscap: Untuk rakaman
landskap agar foto lebih tajam dengan Depth Of Fieldnya sempit.
Sunset: Merakam foto waktu
senja
Harus diingat dengan menggunakan beberapa fungsi yang disenaraikan
penggunaan tripod amat diperlukan agar kemera tidak bergoyang.