Digital Fotografi 2

Seperti kamera konvensional, kamera digital (K_Digital) terbahagi kepada tiga ketogeri

· Kompak kamera
· Semi SLR
· SLR (Single Lens Leflex)

Namun dua sahaja yang agak kerap digunakan oleh kebanyak pengguna iaa itu, Kompak dan Semi SLR. Berdasarkan faktor harga, kegunaan maka dua ketogeri lebih banyak di pasaran.

Walaupun begitu kemampuan dua kamera jenis ini sudah memadai untuk para amatur aatau semi amatur kerana kemampuan merakam gambar sudah boleh banggakan. Dengan menggunakan dua jenis kamera ini pengguna tidak perlu memikirkan penambahan alat lain kerana dalam kebanyak K_Digital sudah disediakan kebanyakan ciri-ciri mood profesioanal.

Harga merupakan faktor utama dalam pemilihan kamera. Jika inginkan sebuah kamera hanya untuk kegunaan keluarga seperti merakam majlis majlis keluarga maka K_Digital yang murah sudah memadai. Harga antara RM 400 hingga RM1,000 sudah membolehkan seseorang itu bergaya dan merakam apa saja gambar. Namun jika penggunaan lebih serius adalah dicadangkan K_Digital Semi SLR. Namun harga usah dipertikaikan kerana penghasilan gambar lebih baik.

Panduan memilih K_Digital:

Jenama:

Penting jika ia sudah menguasai fotografi digital sudah lama. Namun harus diingat, pengguasaan dalam konvensioanl fotografi juga penting kerana beberapa komponen dari fotografi konvensional akan dibawa ke fotografi digital. Contoh, Nikon ia menguasai teknologi lensa yang baik. Justeru lens Nikon boleh menghasilkan mutu warna yang baik. Persaingan jenama adalah persaingan perniagaan namun kita harus berhati-hati kerana memberi kemera sebagai pengguna bukan membeli kamera sebagai penyelidik. Anda mengeluarkan wang untuk menggunakan kamera. Jika tersalah pilih anda juga yang menanggung kerugian.

Seharusnya buat penilaian dengan katelog, laman web, kedai-kedai menjual kamera. Paling mustahak buat penilaian dengan rakan-rakan yang jujur memberitahu anda tentang mutu kamera yang hendak dibeli.
Jenis Kamera:

Tentukan penggunaan kamera. Jika untuk kegunaan keluarga atau peribadi, seharusnya anda tidak membazirkan wang dengan membeli kamera SLR yang akan meminta anda menukar lens,flash,filter dan sebagainya jika sampai waktu. Namun jika anda seorang yang serius dalam fotografi, tidak rugi membeli sebuah K_Digital kerana pulangan modal anda akan perolehi seandainya anda tahu mencari sumber pendapatan.

Begitu juga jika anda berada dalam ketogeri profesional maka k_digital amat penting. SLR K_Digital menentukan arah kerja kita. Anda yang mengawal kamera tersebut, bukan kamera itu yang menentukan kerja anda.

Pemilihan antara optikal zoom dan digital zoom perlu diambil perhatian. Optikal zomm bermaksud kanta kamera yang bergerak untuk berapa kalai contohnya 3X atau sterusnya. Manakala optikal zoom tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada kamera tersebut.

MegaPixcel:

Jika anda telah lama menggunakan K_Digital rasanya MP berapa yang harus anda gunakan tidak menjadi masalah. Bagi anda yang baru bercadang membeli maka saya mencadangkan membeli MP yang boleh memberikan kepuasan anda.

Pixcel adalah panggilan untuk jumlah ribuan bintik warna dalam fotografi digital. Jika menggunakan 2.0 MP menandakan anda hanya menggunakan 2 ribu pixcel sahaja. Jika anda menggunakan 8.0 MP maka jumlahnya lebih baik kerana anda memiliki 8 ribu pexcel. Hasilnya foto yang dirakam mempunyai jumlah butiran warna pexcel lebih banyak. Secara tidak langsung anda boleh menghasilkan foto besar tanpa perubahan pada tone warna.

Pada masa ini 4.0 MP keatas sudah memadai. Jumlah tersebut jika menggunakan kualiti imej normal dan saiz imej 1208 ke atas sudah boleh menghasilkan gambar sebesar 8R. Pengguna amatur paling besar mencetak foto hanyalah 8R.

Memori Kad:

Memori kad penganti filem. Jumlah simpanan bergantung pada Megabait (MB). 16Mb,128MB, 256MB atau lebih. Jumlah rakaman bergantung penggunaan imej saiz. Jika imej saiz kecil maka jumlah simpanan lebih baanyak. Sebaliknya jika penggunaan saiz yang besar jumlah foto akan berkurangan.


Batteri:

Betteri memain peranan penting pada sebuah K_Digital. Oleh itu pastikan kuasa betteri boleh membantu ketika membuat kerja-kerja rakaman. Ada K_Digital hanya menggunakan betteri saiz AA. Ada juga yang menggunakan betteri keluaran jenamanya sahaja. Jangkamasa standby perlu dilihat agar tidak mengganggu tugasan. Contoh, batteri boleh tahan hingga 2 atau 3 jam. Ada yang hanya bertahan sehingga 90minit sahaja. Batteri yang boleh dicas semula lebih baik. Kamera yang menggunakan batteri Lethium lebih panjang hayat penggunaannya.

Kerja-kerja Edit Foto:

Kebiasaannya foto yang telah dirakam perlu diedit. Perisian tersebut ada ketikanya disediakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut. Namun perisian seperti PhotoShop seharusnya mesra dengan anda. Anda akan merasa lebih puas jika melakukan kerja-kerja edit tersebut secara sendirian. Begitupun jika untuk kerja-kerja menerangkan foto-foto tersebut boleh dilakukan di kedai-kedai fotografi.

Anda boleh menghantar foto untuk dicetak ke kedai fotografi samada memori kad, CD, Pen Drive.

Penyimpanan Foto:

Cakera padat (CD) DVD lebih baik kerana anda boleh menyimpan dalam jumlah yang banyak. Namun jika anda memiliki PenDriver boleh membantu ketika anda berada di luar kawasan. Menyimpan secara kekal gunakanlah CD yang telah disebut di atas. Peyimpanan begini boleh membantu anda samada untuk mencetak atau mengedit foto tersebut.