Flash ( Lampu Limpah )

Flash bulb
Flash biasa
Ring Flash

Sejarah flash bermula dengan bulb flash. Ketika itu bulb flash memberi cahaya dengan cahaya yang keluar hasil mentol yang terbakar selepas digunakan. Untuk satu bulb flash hanya boleh digunakan sebanyak empat kali saja. Flash bulb juga boleh didapati dalam bentuk seperti payung. Mentolnya akan terbakar setiap kali merakam foto.


Kemudian wujud flash yang lebih sempurna dangan binaan mentol yang tidak terbakar setiap kali digunakan. Cuma harus diingat tempuh hayatnya boleh lupus umpamanya ia akan tidak berfungsi selepas 15 ribu kali simbahan atau lebih dari itu. Flash ini datang dengan fungsi manual. Cahaya yang terhasil oleh flash manual adalah sama walaupun jarak objek berbeza.


Dengan wujud pula flash yang bercirikan automatik flash boleh berfungsi secara menyimbah cahaya mengikut keperluan jarak objek. Jika objek dekat cahaya minimum dikeluarkan. Objek yang jauh cahaya akan menyimbah maksimum.


Era digital menghasilkan flash yang lebih baik bilamana pengiraan aperture lebih tepat. Flash ini lebih bersesuian dengan kamera program. contoh, SB27 untuk kamera Nikon F5 dan seumpamanya.
Flash satu alat tambahan yang perlu sentiasa dibawa oleh pengamal senifoto. Anda akan menghadapi masalah jika tidak membawa flash ke lokasi yang kurang cahaya. Kecuali anda yang mahir menggunakan ISO filem yang tinggi dan memproses cara push-up. Namun mutunya kurang baik.


Anda boleh menggunakan teknik low shutter speed. Tapi teknik ini menjadi masalah jika terdapat objek yang bergerak. Justeru, flash amat penting dibawa setiap masa. Banyak teknik boleh dipraktik ketika menggunakan flash.

Antaranya

  • Halaan terus ke objek (direct flash) - Teknik ini adalah biasa digunakan oleh semua orang. Hasilnya kadang kala kurang menarik. Menjadi masalah jika mengambil foto potret yang menggunakan cermin mata. Ada masanya cahaya flash akan bersinar di permukaan cermin mata model.
    Potret kurang menarik jika latarbelakang rapat dengan model akan menyebabkan bayang yang keras terbena disebelah potret.
  • Halaan pantulan (bounce flash) - Teknik ini menarik digunakan pada pengambaran potret. Banyak cara boleh digunakan. Anda boleh menghalakan flash ke siling rumah atau bilik. Cahaya lantulannya akan melembutkan muka model. Tambahan teknik ini akan menggunakan Aperture lobang besar. Amat baik untuk model wanita. Banyak flash yang terdapat dipasaran, sesuai untuk teknik ini.
  • Penggunaan filter pada flash. - Teknik ini boleh digunakan dengan meletakkan filter khas yang boleh dibeli dari kedai-kedai fotografi. Ada filter yang boleh melembutkan cahaya flash. Dan ada juga filter yang boleh memberi warna khas pada foto anda.
    Anda juga boleh membuat sendiri filter-filter seumpama ini dengan membuat menggunakan Kertas Tressing. Flash binaan digital telah tersedia dengan kad reflektor.
  • Flash berkembar -Teknik ini boleh memberi tambahan cahaya. Tapi perlu berhat-hati jika anda menggunakan aperture yang besar atau kecil. Flash berkembar akan membantu ketika merakam foto dari jarak jauh. Anda boleh menggunakan dua flash bersama alat tambahan Slef Unit. Atau anda menggunakan flash yang menggunakan klip khas untuk melekapkan flash tambahan.
  • Simbahan manual - Simbahan manual bermaksud anda menyimbahkan cahaya flash dengan cara menekan butang test berulang kali ketika merakam foto menggunakan low shutter speed.
    Contoh anda merakam di cahaya malap dengan bukaan aperture paling kecil selama hampir 1 hingga 2 minit. Pada ketika shutter speed masih membuka aperture anda perlu menyimbah cahaya flash ke arah lokasi pengambaran anda. Hasilnya anda akan memperolehi foto yang bermutu bilamana anda dapat merakam cahaya asli yang terdapat disekitaran lokasi. Simbahlah cahaya untuk sekurang-kurangnya lima kali.
Gambar guna flash
Gambar tanpa flash
Dengan penggunaan flash gambar terdapat bayang
Perbezaan antara gambar guna flash dan tanpa flash

 


@ RaaiMan. tahpermai 191299