Kanak-kanak
adalah objek yang menarik untuk dirakamkan. Tidak kira kanak-kanak itu
siapa, anak, adik, anak saudara, atau anak kenalan anda. Apa saja ragamnya
amat menarik untuk diabadikan dalam bentuk gambar.
Banyak kegunaannya jika diabadikan. Untuk keselamatan, sejarah dan sebagainya.
Bayangkan jika anak itu bila dia besar dan menjadi orang ternama, gambarnya
begitu menarik dijadikan bahan sejarahnya. Tapi, secara peribadi penulis
mengakui gambar anak-anak ketika kecil amat nostalgia jika disimpan dalam
bentuk freme, album. Paras rupa mereka semasa bayi, atau peringkat umur
bawah 7 tahun amat menarik.
Sesuai dengan wujudnya teknologi rakaman terutama kamera, maka jangan
lupa menyimpan rekod peribadi anak anda semasa kecil. Anda akan tahu nikmatnya
ketika merela telah dewasa dan mereka berada jauh dari mata..
Teknik:
Penulis ingin berkongsi teknik dengan pembaca agar gambar yang rakamkan
berkualiti disamping tidak menjejaskan kesihatan anak-anak anda.
Pantang larang orang-orang tua "Jangan ambil gambar anak kecil"
ada logiknya. Tapi anda boleh membetulkan teknik mengambil gambar agar
mata anak kecil tidak rosak. Kesan flash amat kuat. Oleh itu elakkan flash
terus memancarkan ke muka bayi. Jika menggunakan kamera SLR elok digunakan
teknik lantulan cahaya (Bounce Flash). Atau gunakan teknik Low Shutter
Speed.
Sekiranya anda menggunakan Astamatik kamera pastikan flash yang ada pada
kamera tersebut tidak terus menyimbah muka bayi. Gunakan sedikit tisu,
kain lembut dan letakkan pada permukaan flash agar cahaya yang dipancar
menjadi lemah. Namun begitu masih boleh digunakan dengan membetulkan sudut
kamera agar mata bayi tidak terjejas.
Merakam gambar kanak-kanak dengan kamera Astamatik perlu berhati-hati
agar tidak terlalu close-up kerana kesannya akan kabur.
Kamera SLR amat sesuai untuk merakam gambar bayi/kanak-kanak. Anak-anak
bersifat pemalu, ingin tahu dan tidak ikut arahan. Justeru, anda harus
menggunakan lens yang sesuai umpamanya Telephoto atau Zoom (70~105mm).
Dengan penggunaan lens-lens ini anda boleh merakam candid fotografi. Lebih
menarik merakam gambar anak-anak dalam keadaan begini agar gayanya lebih
bersahaja.
Kedudukan kamera dengan kanak-kanak biarlah sama rata agar gambar yang
dirakamkan tidak kelihatan dari sudut atas kepala. Ketika merakam, anda
perlu duduk.
Jika anda tidak memiliki lens tele atau zoom, lens yang paling sesuai
untuk merakam kanak-kanak ialah Normal atau Mikro.
Filter boleh digunakan. Terutamanya jika cahaya sekitaran kekuningan maka
filter biru amat sesuai. Filter hanyalah kesan sampingan untuk mencantikkan
gambar sahaja. Sedangkan muka kanak-kanak telah halus tanpa kesan jerawat
atau jeragat. Oleh itu jika anda ingin menggunakan Soft Filter adalah
tidak salah kerana kesanya lebih menarik.
Menunggu anak-anak beraksi memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak semua
kanak-kanak mahu beraksi seperti remaja/orang dewasa. Biasanya mereka
tidak mahu menimbulkan aksi bersahaja. Adalah lebih baik kita beraksi
depan mereka. Tunjukkan kita berminat dengan permainan yang sedang dilakukan.
Hasilnya kita akan memperolehi aksi spontan seorang kanak-kanak.
Rekod:
Merekod atau meyimpan gambar yang telah dirakamkan dalam berbagai kaedah
adalah cara untuk menghargai mereka. Secara tidak langsung akan mencerminkan
kasih sayang kita pada mereka
Menyimpan cara biasa dilakukan ialah dengan menyimpan di dalam album atau
frame. Sesuai dengan perkembangan ICT, gambr-gambar itu boleh disimpan
dalam Disket, Cakera Padat. Biar apa cara sekalipun semuanya boleh melahirkan
bahawa anda menyayangi anak-anak anda.