Merakam Foto
Kewartawanan (FK) mesti jujur dengan tidak memutarkan fakta.FK tidak boleh
menipu pembaca atau penatap foto itu. Atas sifat foto berunsurkan berita
maka ia tidak boleh bersifat bohong dan berbau fitnah.Seorang Wartawan
Foto adalah seorang Pemberita yang menyampaikan berita dalam unsur foto.
Sifat berita dengan 5-W ( Who? What? When? Where? Why? dan How? diguna
pakai dalam membina sekeping atau lebih Foto Kewartawanan.Kita
akan menjadi penipu jika foto yang dirakam tidak benar.Merakam foto kemalangan
misalnya anda mesti jelaskan dalam foto itu.
1. Who?-Siapa yang menimpa kemalangan?-Bangsanya Melayu, Cina, India dan
sebagainya.
2. What?-Apa terjadi pada kejadian kemalangan itu?-Mati, cedera parah
atau ringan.
3. When?-Bila kejadian itu- Jika malam fotonya tentu nampak suasana malam.
Misalnya kebakaran terjadi waktu malam.
4. Where?-Di mana. Kebakaran itu di darat, laut, hutan, kampung setinggan,
kilang
5. Why?- Kenapa nyawa tidak dapat diselamatkan dan sebagainya.
6. How?-Bagaimana kemalangan itu terjadi. Bas itu bertembung atau terbabas.
Kebakaran itu terjadi bagaimana.
Dalam sifat Foto Kewartawanan yang dihuraikan diatas mungkin dirasakan
agak sukar untuk. Tapi itulah sifatnya sebuah Foto Kewartawanan (Berita.
Foto). FK juga tidak boleh merakamkan sebuah kemalangan ngeri. Sebab FK
bukan foto yang dirakam oleh Polis untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah.
Contohnya merakam wajah mangsa kemalangan dalam keadaan terputus kepala.
Atau merakam foto mangsa pembunuhan yang rentung mati terbakar. Justeru
itu etika dalam FK perlu dijaga. Mangsa mungkin memiliki keluarga, sahabat
lalu hasil foto sedemikian akan menguris perasaan mereka.
Beberapa panduan
merakam Foto Kewartawanan.
Rakaman di majlis-majlis resmi.
Majlis yang melibat pemimpin negara, masyarakat perlulah digambarkan bagaimana
ia berlangsung. Rakam bagaimana pemimpin itu berucap dengan menampakkan
khalayak hadirin mendengar ucapan beliau. Rakam bagaimana majlis itu berlangsung.
Katakan pemimpin tersebut memalu gong, memotong reben, menepung tawar,
menyampaikan sumbangan atau hadiah.Menjadi trend sekarang Jurufoto Media
suka merakam apa yang akan dilakukan oleh pemimpin tetamu dalam majlis
itu. Contoh bersalam dengan anak-anak yatim, warga emas, merasai makanan
yang dipamirkan.
Peristiwa, kejadian
Merakam foto dalam ketogri ini perlu menumpukan pada subjek yang hendak
diberitakan. Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa
itu.
Contoh suasana kemalangan, kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana
kelam kabut di lokasi.
Di arena
sukan
Fotografi sukan adalah antara yang menarik untuk dirakamkan. Penggunaan
alatambahan seperti Telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm
membolehkan segala pergerakan athlet boleh dirakamkan dengan berbagai
aksi.
Merakam aksi di arena sukan Jurufoto mesti mengetahui sedikit sebanyak
undang-undang sukan itu sendiri. Kawasan mana yang perlu dihindari agar
ahli sukan tidak terganggu.
Jika merakam aksi sukan kebanyakannya Jurufoto dilarang menggunakan Flash.
Begitu juga jika kita merakam foto di padang gofl maka pastikan tidak
mengganggu aksi pemain. Kedudukan yang jauh dari pemain perlu dengan penggunaan
Telephoto Lens.
Akhbar atau mana-mana media memerlukan foto yang boleh menjadi "Skop"
untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan. Justeru anda walaupun
bukan petugas media tersebut boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama
dengan foto yang dirakam.
Contoh jika anda seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta
foto mengenai kegiatan sekolah untuk dimuat dalam halaman pendidikan.
Begitu juga jika anda boleh mengirimkan bahan untuk dimuatkan dalam mana-mana
ruangan kegiatan belia, masyarakat. Mungkin akhir sekali anda boleh dilantik
menjadi Stringer (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut.
Ada ketikanya Stringer lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita
itu tiba untuk liputan lanjut.
Contoh jika berlaku kejadian yang mengemparkan di daerah anda, maka anda
adalah orang pertama tiba kerana tempat kejadian itu berhampiran dengan
rumah anda. Hasilnya liputan awal akan menjadi agensi atau media anda
terawal menerima berita.