KAMERA ASTAMATIK


Panduan penggunaan kamera Single Lens Reflex (SLR) sering diberikan oleh pakar-pakar kamera. Yang nyata tidak ramai para amatur berminat untuk membeli kamera SLR dengan memberi alasan tertentu.

Pada kesempatan ini adalah lebih baik saya memberi panduan kepada anda untuk mengendalikan sebuah kamera yang diberi nama Astamatik (Kompak Kamera). Kamera jenis ini kerap digunakan oleh masyarakat umum kerana ianya murah, ringan, dan mudah dikendalikan walaupun penggunanya tidak mendapat latihan yang khusus.

Kamera astamatik direka supaya mudah guna. Pengguna tidak perlu untuk memikirkan masalah teknikal ketika menggunakan kamera jenis ini. Apa yang perlu dilakukan ialah On kamera dan flash lalu mencari sudut maka gambar sudah boleh dirakamkan.

Setiap model kamera yang ada di pasaran memiliki perbezaan dari segi spesifikasinya. Anda perlu merujuk buku panduan yang diberikan semasa membeli kamera. Pada asasnya setiap jenama kamera spesifikasinya sama sahaja. Tetapi beberapa perubahan diadakan bagi membezakan antara satu model dengan model yang lain.

Kamera astamatik juga memiliki ciri-ciri kamera SLR . Cuma ciri-ciri ini telah dipermudahkan. Bagi anda yang tahu apa itu Aperture, Shutter Speed, Focusing dan Lens (rujuk bab jenis kamera) amat mudah mengendalikan sebuah kamera begini . Kerana setiap kamera astamatik memiliki ciri-ciri tersebut.

Sebuah kamera yang mampu anda beli memiliki aperture f8 dengan shutter speed 1/125 maka anda sudah boleh merakamkan gambar dengan cahaya yang terang antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Perlu diingatkan jika anda mahu merakam gambar di dalam bangunan pada waktu yang sama simbahan flash perlu diberikan. Atau pada waktu yang sama cuaca mendung maka penggunaan flash penting. Sesetengah kamera mengeluarkan simbahan flash secara automatik jika lokasi penggambaran kurang cahaya.

Pengetahuan asas senifoto amat perlu walaupun anda hanya mahu memiliki kamera jenis astamatik. Anda perlu tahu bagaimana aperture berfungsi. Anda juga perlu tahu bagaimana shutter speed digunakan.

Namun ada juga kamera astamatik yang dibekalkan dengan Shutter Speed Setting yang boleh menentukan ASA sesuatu filem. Anda cuma perlu mengubah butangnya kepada ASA tertentu mengikut kesesuaian filem.

Pemahaman anda tentang Kamera Automatik perlu dijelaskan. Jangan anda fikir setiap Kamera Astamatik itu berfungsi sebagai automatik. Umpamanya jarak fokusnya perlu anda faham. Jika tidak gambar-gambar yang dirakamkan akan Out Of Focus (kabur).Kamera astamatik memiliki jarak fokus yang tetap. Umpamanya jarak dari 0.45 meter hingga Infiniti. Ada juga jarak dari 1.3 meter hingga infiniti. Oleh itu saya syorkan anda meneliti jarak fokus ini sebelum memetik butang kamera. Jangan mengambil gambar terlalu dekat jika kamera anda tidak mampu berfungsi begitu. Anda hanya akan membazirkan filem.

Setiap kamera astamatik memiliki jarak keluasan yang berbagai. Ada yang disediakan sudut luas 25mm, 35mm,45mm dan sebagainya. Gunakan petak penenang yang terdapat di dalam Viewfinder (tingkap penenang) untuk memastikan objek yang hendak dirakamkan itu betul-betul berada di dalam petak penenang yang berwarna kuning. Jika anda tidak berbuat begini ada kemungkinan apabila gambar telah siap, tetapi objeknya kecil. Ada juga objek yang terpotong setelah gambar siap, ini disebabkan ketika anda merakam gambar objek yang dirakam terkeluar dari petak penenang.

Sesebuah kamera astamatik viewfindernya memberi gambaran tidak sama dengan kamera SLR. Jika kamera SLR, apa yang anda lihat itu akan tertera pada negatif. Tetapi kamera astamatik kedudukan viewfinder dengan lens jaraknya hampir dua sentimeter. Hasilnya akan memberi kedudukan objek di negatif tidak sama dengan apa yang dilihat melalui viewfinder.

Di alaf baru, terdapat banyak perubahan pada rekabentuk kamera astamatik. Sudah tercipta kamera alaf baru yang sebelum ini tidak wujud. Sudah banyak rekabentuk yang hampir menepati sebuah kamera SLR. Umpamanya dari segi teknikalnya sudah menepati kehendak SLR. Sudah terdapat kamera yang dibekalkan dengan sudut luasnya yang boleh Zoom In atau Zoom Out. Begitu juga dengan kedudukan lens yang membolehkan anda melihat objek dengan jelas tanpa menghadapi masalah kehilangan objek. Ciri-ciri ini banyak membantu dalam Kamera Digital.Bagaimanapun terdapat perbezaan pada Flash, kerana ia dibina pada badan kamera . Flash begini akan menghadapi masalah apabila digunakan pada jarak jauh dan keadaan sekitaran gelap. Justeru adalah dicadangkan anda menggunakan ASA filem yang tinggi.

Dalam kerja-kerja senifoto sikap cermat perlu diutamakan. Jika anda menggunakan kamera astamatik diingatkan jangan tergopoh-gapah. Kamera ini amat ringan. Jika anda membiarkan tangan bergoyang walaupun sedikit, hasilnya akan menghampakan.

Perlu dingatkan, anda hendaklah belajar sedikit teknik asas senifoto jika mahu menggunakan sebarang jenis kamera. Hobi senifoto adalah diantara hobi yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Setiap kali anda menekan butang kamera memungkinkan pembaziran wang jika gambar yang dirakamkan tidak berhasil!

Setelah wujud teknologi digital, penggunaan kamera astamatik telah berkurangan. Harga sebuah kamera astamatik hampir sama dengan sebuah kamera digital kompak (consumer digital). Kebanyakkan kamera digital kompak menggunakan segala teknikal dari kamera astamatik.

Jika pada sebuah kamera astamatik ada lens zoom, pada kamera digital kompak juga ada. Membezakan antaranya hanyalah memeori kad dan menggunakan beberapa ciri seperti, white balance, megapksal dan seumpamanya.

Menurut beberapa penjual kamera, jumlah pembeli kamera astamatik sudah berkurangan. Untuk menjual dua buah kamera sebulan agak sukar.

Kamera astamatik
Gambar menggunakan kamera astamatik
Bengkai dalam viewfinder kamera astamatik


 @ RaaiMan. tahpermai 191299 (edit: UKM2808_2006)