Teknik Penyalinan

Menyalin adalah satu teknik dalam senifoto. Walaupun sudah ada teknik scan dalam teknologi komputer, namun teknik menyalin dalam senifoto masih diperlukan. Misalnya jika negetif hilang, rosak. Atau jika gambar lama yang perlu disalin semula. Menyalin slaid ke slaid, slaid ke fotoprint dan fotoprint ke slaid.


Teknik menyalin foto:


Teknik menyalin dibahagikan kepada dua cara.


1. Menyalin untuk menghasilkan slaid atau fotoprint


Teknik ini boleh membantu menyalin semula foto jika negetif telah hilang atau rosak. Contoh foto lama samaada foto hitam putih atau warna. Bahan gambarajah, graf dari buku surat khabar, jurnul boleh disalin semula bagi tujuan pengajaran atau penyelidikan selagi tidak melanggar akta hak cipta!


Peralatan:

  • Kamera SLR dan lens mikro - Kamera yang sesuai untuk menyalin ialah SLR dengan lens mikro
    Tripod atau Copy Stand - Tripod perlu digunakan bagi memastikan kamera tidak bergoyang kerana dalam teknik menyalin Shutter Speed adalah perlahan. Alat yang paling sesuai untuk menyalin ialah Copy Stand yang membolehkan kamera diletakkan dalam keadaan tepat.
  • Lampu (Cahaya) - Gunakan cahaya pada sudut kiri dan kanan bersudut 450 agar tidak ada kesan pembalikkan cahaya.
  • Cable Reales - Cable Reales penting digunakan agar membantu ketika Shutter Riles Button ditekan. Jika Cable Riles tidak ada Seftimer boleh digunakan.
  • Filter Biru - Filter Biru perlu digunakan jika penyalinan dilakukan dibawah cahaya Tungsten.Filter Biru - Filter Biru perlu digunakan jika penyalinan dilakukan dibawah cahaya Tungsten.
    Filem - Filem yang paling sesuai mempunyai ISO rendah (64, 100). Filem ISO rendah membantu mendapatkan foto softcontras dan tidak grain. Jika anda inginkan slaid gunalah filem slaid.
  • Cermin - Cermin diperlukan untuk membantu agar foto tidak melengkung.
    Selain menggunakan teknik diatas, alat penyalinan yang lebih lengkap terdapat dipasaran dimana telah dilengkapkan dengan lampu dan peralatannya.

Anda boleh menyalin hanya menggunakan cahaya matahari, tapi jangan meletakkan foto yang hendak disalin itu di cahaya matahari yang terik. Gunakan cahaya pembalikan di bawah bangunan.
Teknik menggunakan cahaya pembalikan dari flash juga boleh digunakan, tapi anda perlu pastikan percubaan dilakukan terlebih dahulu.


2. Menyalin dari slaid ke slaid atau fotoprint.


Jika anda memiliki gambar slaid (lutsinar) dan hendak dijadikan fotoprint, maka slaid itu boleh disalin dengan menggunakan perlatan ini.

  • Slaid Copyer - Alat ini terdapat dalam beberapa jenis. Ada dari jenis murah dan ringkas. Dan terdapat juga jenis lebih canggih. Bellow boleh digunakan kerana dibekalkan screen untuk meletak slaid dihadapannya. Screen ini boleh ditanggalkan jika anda ingin mengambil fotomikro (rujuk bab Fotomikro)

Dengan alat ini anda boleh menyalin dengan meletakkan gambar slaid pada alat ini dan menghalakan ke cahaya dan slaid itu boleh disalin. Slaid Copyer yang lebih lengkap menggunakan cahaya dari sumber letrik dan amat sesuai untuk menyalin secara komersial.

Alat penyalinan slaid dan gambar
Lampu studio boleh digunakan untuk proses menyalin


 
@RaaiMan tahpermai 13082000