Menggunakan
Shutter Speed (SS) perlahan adalah sesuatu yang menarik jika anda telah
mahir. . Pada anda yang baru berjinak dengan kamera SLR penggunaan SS
perlahan jarang digunakan. Malahan ada yang takut untuk menyentuh dan
mengubah butang SS. Kalau ada yang menggunakan cuma SS 1/60 sahaja.
Sebenarnya menggunakan SS perlahan bermula dari 1/B hingga 1/60 harus
diamalkan oleh karyawan foto. Disini anda akan menghasilkan gambar untuk
memberi kepuasan pada diri anda dalam berkarya. Gambar yang dihasilkan
menerusi SS perlahan begitu menarik bilamana adunan cahaya dan warna akan
memberikan kesan yang tajam, kontras.
Suasana bagaimana yang perlu anda gunakan SS perlahan?
Antaranya ialah:
A.Gambar air terjun agar kelihatan seperti kapas.pemandangan malam di
bandar, kampung. Sunsite, Sunrise
Pilih tempat air
terjun yang anda minat. Pastikan ianya boleh memberikan kesan ketenangan
pada orang yang menatapnya.
Paling menarik
kawasan air terjun itu disimbahi cahaya yang minimum agar kesan SS boleh
diperolehi bawah dari 1/60. Ini bermakna adalah lebih baik menggunakan
SS 1/15 - 1/4.
Penggunaan Aperture
yang kecil amat baik agar kesan sekitar air terjun nampak tajam. Umpamanya
batu-batu di sungai, pokok-pokok atau bunga akan jelas kelihatan. Lagi
pun jika menggunakan fstop kecil tone warna akan memberikan kepuasan
pada anda
Jika menggunakan
SS perlahan, alat yang paling mustahak digunakan ialah Tripod agar kamera
tidak bergoyang.Gunakan Cable Reales untuk menekan shutter. Jika tidak,
anda boleh menggunakan Self Timer dengan jarak masa 10 saat.
B. Pemandangan malam
( cahaya perlahan )
Pernahkah anda melihat gambar KLCC, Menara KL di rakam pada waktu malam?
Anda juga boleh membuat rakaman seumpama itu. Caranya dengan menggunakan
SS perlahan. Paling mudah jika bangunan yang saya maksudkan itu diterangi
dengan cahaya yang kuat.
Pilih sudut yang anda fikir menarik, gunakan fstop yang kecil. Cari exposer
yang agak perlahan. Hasilnya gambar akan dihasilkan itu menarik dengan
adunan warna, cahaya aslinya. Pada anda yang memiliki filter kesan sampingan
seperti star filter, anda boleh menggunakannya untuk memberi kesan yang
lebih baik.
Satu lagi teknik ialah dengan menyimbah cahaya flash ke kawasan yang hendak
dirakamkan. Caranya ialah dengan menggunakan SS 1/B dan fstop 22. Semasa
masih belum berhenti, tekan butang pilot lamp untuk mengeluarkan cahaya
flash. Tekan lebih kurang tiga atau empat kali.
Sebagai tambahan jika anda berada pada suasana lain umpamanya merakamkan
gambar di dalam dewan, atau persembahan teater anda boleh juga menggunakan
teknik SS perlahan agar kesan cahaya pada persembahan tersebut akan terhasil.
Merakam persembahan teater, penonton tidak dibenar menggunakan flash,
kerana pengarahnya tidak mahu suasana persembahan teater terjejas. Saya
mencadangkan anda menggunakan SS 1/30 dan 1/60 sahaja kerana jika lebih
perlahan, gambar anda mungkin memberikan kesan pergerakan pelakon agak
berlebihan. Namun dalam suasana begini anda boleh juga menggunakan ISO
tinggi dengan menghasilkan SS agak tinggi.
Merakam
situasi yang berbezadengan Shutter Speed perlahan