Senifoto mikro memerlukan kesabaran yang tinggi.Sesiapa saja menceburi
bidang senifoto mikro boleh melatih menjadi seorang yang tenang dan penyabar!
Tidak ramai yang berminat
untuk menjadikan kerja senifoto mikro sebagai bidang tugas kerana ada
kalanya memerlukan masa yang panjang ketika menyiapkan kerja. Tapi kerja-kerja
senifoto mikro amat diperlukan dalam bidang penyelidikan sains, perubatan,
kejuruteraan dan sebagainya.
Dalam dekat ini kerja-kerja senifoto mikro lebih mudah dilakukan dengan
adanya peralatan canggih seperti photomicroscope, elektronmicroscope dan
seumpamanya. Penghasilan gambar lebih baik dengan alat-lat yang disebut
tadi. Namun itu semuanya hanya dipraktikkan oleh para saintis dan doktor
di bidang perubatan sahaja.
Kepada pengamal senifoto,
bidang mikro boleh membawa mereka merakamkan gambar-gambar serangga, biji
benih, kelopak bungga, lebih bermutu dengan membuat kerja-kerja senifoto
mikro dengan kamera SLR dan alat tambahannya.
Selain kamera dan
lens mikro anda perlu menyediakan alat tambahan untuk kerja-kerja senifoto
mikro seperti berikut.
Lens extension
Mikro filter
Bellow
Tripod
Flash/Ringflash
Studio Flash
Lens extension
- Lens extension ialah alat yang boleh diletakkan pada lens agar keupayaan
mikronya lebih rapat. Contohnya jika jarak maksimum fokus ialah 15cm,
anda boleh rapatkan lagi hingga 8 cm. Dengan menggunakan lens extension,
objek yang dirakamkan akan lebih hampir dan dibesarkan.
Mikro Filter -
Filter yang digunakan dalam menghasilkan gambar mikro boleh diperolehi
dengan murah. Filter ini boleh merakamkan gambar dengan gandaan tertentu.
Filter mikro boleh diletakan pada lens mikro atau standard..
Bellow - Anda boleh
merakamkan gambar dengan lebih kecil umpamanya merakam biji padi, atau
permukaan permaidani jika menggunakan bellow. Hasilnya lebih menarik
dimana boleh menghasilkan rupa bentuk benang permaidani.
Menghasilkan gambar mikro dengan penggunaan bellow perlu berhati-hati
kerana aperture hendaklah dibuka satu atau dua stop. Jika anda tidak
berhati-hati hasilnya akan underexpose.
Pastikan ketika
rakaman dibuat, kamera diletakkan pada tripod dan lebih baik menggunakan
cable reales. Peralatan ini perlu digunakan untuk mengelakkan gambar
bergoyang.
Selain menggunakan
bellow, anda boleh mencuba teknik terbalikkan lens agar kesan mikronya
umpama menggunakan bellow.Sebelum membalikkan lens dengan meletakkan
muka depan ke arah kamera, pastikan anda telah menetapkan aperture yang
bersesuaian
Kamera
dan bellow
Rakam
gambar dengan Ringflash
Flash / Ringflash
Flash diperlukan sekiranya keadaan cahaya kurang/gelap. Lebih baik jika
anda menggunakan flash yang boleh dilaraskan kedudukannya samaada dengan
menggunakan cableflash agar cahaya dapat sampai ke objek. Untuk makluman,
kedudukan flash di atas kamera tidak menjamin cahaya akan sampai ke objek.Ringflash
merupakan sumber cahaya yang terbaik untuk gambar mikro kerana cahaya
yang terhasil terletak dihadapan lens. Pastikan objek yang hendak dirakamkan
tidak berkilat (contoh: gelas), atau berada disebalik cermin.
Menggunakan ringflash
boleh menghasilkan gambar tanpa bayang kerana bentuk ringflash memberikan
cahaya dari sudut bulatan.
Studio flash
Studio flash hanya
boleh digunakan jika seseorang itu mampu dan boleh mendapat pulangan modal.
Studio flash hanyalah untuk kerja-kerja berbentuk pengiklanan. Namun jika
anda mampu apa salahnya?. Begitupun ada satu lagi cahaya tungsten yang
mengeluarkan cahaya dari tenaga batteri yang boleh dibawa kemana-mana
untuk kerja-kerja mikro fotografi