Sila hubungi: +603 89214641

Status

Sub-projek A (Projek 1): 1R + 3r

 

 

Pn. Shazlin Amir Hamzah (wakil Ketua: Prof. Dr. Ong Puay Liu)

Pn. Shazlin Amir Hamzah (wakil Ketua: Prof. Dr. Ong Puay Liu)

 

Sub-Projek A : Prof. Dr. Ong Puay Liu (Ketua)

Tajuk Sub-projek : 1R + 3r

Sehingga bulan Disember 2012, penyelidik di bawah sub-projek ini telah mengadakan tinjauan kerja lapangan di Sabah dan Sarawak serta akan menjalankan program pendidikan kumpulan perbincangan terfokus (FGD) dan pengutipan data menggunakan borang soal selidik mengenai keadaan pendidikan orang asli di Ulu Semenyih, Selangor pada 29 Disember 2012. Kini, kumpulan ini telah menghasilkan beberapa hasil penulisan tentang pendidikan di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

The project’s main theme is on the role of education for social cohesion, with particular emphasis on promoting the 1R + 3r concept as an important principle in enabling education to play its role as a unifying agent among the diverse population of Malaysia. 1R stands for ‘Relationship’ while 3r is the ability to ‘recognise, respect and reconcile’. Social interaction among students from different backgrounds will enable them to learn about themselves and others, thereby creating opportunities for the establishment of meaningful relationships (1R) based on knowledge (recognition), trust (respect) and acceptance (reconciliation).

 

education in malaysia 1968                                       Chinese Schools and the Education of Chinese Malayans - Fenn Wu report

 

 

The main question guiding the discussion is:

how can the varied school systems in Malaysia play their role in promoting social cohesion among their respective students?

 

 

 

Sehingga bulan Mei 2013, kajian lapangan di beberapa kawasan yang terlibat telah selesai dijalankan. Sub-projek ini akan menjalankan kajian lapangan di sekolah-sekolah terpilih (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) di antara bulan Mei 2013 hingga Oktober 2013. Beberapa output kajian berbentuk kertas kerja dan pemetaan taburan kumpulan etnik Malaysia telah disiapkan.

 

 Program Orang Asli Sg. Lalang

 

 

IMG_786600

 Gambar penyelidik bersama masyarakat tempatan semasa kerja lapangan di Sabah

 

 

DSC09957000

 Hasil lukisan pelajar sekolahdi Sabah

 

 IMG_912000

 Tinjauan perpustakaan di Sarawak

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek B (Projek 1): Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah

Dr. Mohd Mahzan Awang (Wakil Ketua: Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh)

Dr. Mohd Mahzan Awang (Wakil Ketua: Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh)

Sub-Projek B : Prof. Datin Dr. Amla bt. Mohd. Salleh (Ketua)
Tajuk Sub-projek: Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dianggotai dengan barisan penyelidik bersama dari UKM dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Output bagi kajian ini ialah untuk mengkaji sama ada kurikulum pendidikan negara mengambil kira kepelbagaian  kependudukan di Malaysia.

Latar Belakang Kajian

Mengikut banci penduduk tahun 2010, penduduk Malaysia berjumlah 28.9 juta orang dan kaum Melayu (51.2%),  Cina (22.49%), India (6.57%), kaum bumiputera lain (22.375) serta bukan warganegara (0.07%). Statistik ini menggambarkan  kepelbagaian penduduk di negara ini  dari segi budaya , etnisiti  dan agama. Walaupun lebih 50 tahun merdeka, tahap  penyatuan sebenarnya masih belum wujud  (Wan Hashim 2011). Dalam konteks negara yang berbilang kaum, perpaduan di Malaysia masih lagi “ work in progress” dan memerlukan R & D sosial (Shamsul AB, 2011) kerana  tahap perpaduan di Malaysia berada fasa  ketiga  iaitu  fasa pengukuhan dan pengurusan konflik (JPIN 2010). Tahun 1971-2011  merupakan era kesepaduan sosial  iaitu pemantapan antara masyarakat, negara dan pasaran (Shamsul AB 2011).

Berdasarkan model Integrasi Ali  Mazrui, negara kita sedang berusaha ke arah penggabungan identiti yang mengutamakan  kepentingan negara mengatasi  kepentingan kaum  bagi mewujudkan  identiti yang bersatu tetapi tahap penyatuan sepenuhnya masih belum berlaku kerana konflik kepentingan terus wujud (Wan Hashim  2011). Bagi menangani situasi ini,  Shamsul AB   (2011) menekankan konsep kesepaduan  sosial dan kesepaduan adalah tahap yang perlu dilalui sebelum perpaduan atau prasyarat perpaduan.  Tanpa kesepaduan sosial, perpaduan yang diidam-idamkan sukar untuk dicapai.

Objektif kajian ini ialah:

  1. Mengenal pasti  matlamat dan objektif  kurikulum yang mencerminkan unsur-unsur kepelbagaian
  2. Mengenalpasti kandungan kurikulum yang mencerminkan kepelbagaian
  3. Mengenalpasti sistem penilaian dan pentaksiran kurikulum  yang mencerminkan kepelbagaian
  4. Meneroka aktiviti p & p yang mencerminkan kepelbagaian
  5. Mengenalpasti bahan-bahan p & p mencerminkan kepelbagaian

Bagi tujuan pemurnian kaedah kajian rintis dan mengenal pasti sampel, satu Bengkel Pembinaan Protokol Temubual telah diadakan pada bulan Oktober 2012 yang melibatkan semua ahli penyelidik. Reka bentuk kajian telah dibangunkan dan sampel kajian rintis juga telah dikenalpasti. Selain itu, instrumen protokol temu bual telah dihasilkan dan seterusnya kumpulan ini sedang membuat persediaan untuk menjalankan kajian rintis pula. Pada bulan Disember 2012, penyelidik di bawah sub-projek ini sedang menjalankan temubual kumpulan terfokus mengenai kurikulum pendidikan di sekolah.

Teori dan konsep kesepaduan sosial melalui pendidikan dibentuk merupakan output yang akan dicapai oleh sub-projek ini melalui aktiviti-aktiviti atau objektif strategi tertentu yang telah dirancang seawal projek ini bermula. Bagi tahun 2013, sub-projek ini akan menganjurkan satu persidangan meja bulat, seminar dan beberapa program lain bagi mengumpul data kualitatif kajian. Persidangan meja bulat yang dianjurkan pada bulan Mei yang lalu dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar mengenai konstruk-konstruk yang membentuk keharmonian kaum di Malaysia dari perspektif pendidikan. Beberapa output kajian berbentuk kertas kerja dan artikel telah disiapkan.

 

Pencapaian Tahun 2012

 1.  Membina kerangka kajian (pendekatan,skop, objektif,persoalan, sampel, metod, pemungutan data, analisis data) – Mac 2012

2. Himpunan literatur mengenai kepelbagaian  budaya dalam kurikulum – Mac – Okt 2012

3. Wacana Kesepaduan Sosial – 19 Jul 2012

4. Konstruk elemen-elemen dalam kepelbagaian budaya dikenalpasti – Ogos – Okt 2012

5. Pembinaan protokol temu bual – 1 Okt 2012

6. Pembentangan kertas konsep – Chicago, USA (6-7 Jul 2012) dan ICLD ( 18-19 Sept  2012)

               a. A Framework For An Analysis Of Diversity In Schools

               b. Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum

               c. Persekolahan di Malaysia

7. Kertas konsep  untuk penerbitan

               a. Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia (Malaysian Journal of Education)

               b. Islam and Multiculturalism in Schools: A Malaysian case study (Dalam penerbitan  Proceeding Islamic & Multiculturalism)

              c. Pemupukan kesepaduan sosial dalam konteks pendidikan: Analisis pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1969 sehingga 2012 (in progress)

8. Lawatan profesor  Dr Sebine Severiens  dari Universiti of Rotterdam, Netherland – 20hb Sept 2012

Pencapaian Tahun 2013

Projek 1 Sub Projek B telah mengadakan  satu sesi bual bicara bersama YAB Tun Mahathir Mohamad pada:

Tarikh  :  2hb. Oktober 2013 (Rabu)
Masa    :  9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat  :  Yayasan Kepimpinan Perdana, No.1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya
Tema    :  Pengalaman Membangunkan Masyarakat  Harmoni  Melalui Pendidikan : Kejayaan   Kini dan Langkah ke Hadapan
Moderator:  YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin

Tujuannya ialah bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai pembinaan Bangsa Malaysia untuk membentuk masyarakat harmoni melalui pendidikan berdasarkan pengalaman beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Kembali

Incoming search terms:

  • maksud kesepaduan sosial
Teruskan membaca

Sub-projek C1 (Projek 1): Sastera Dalam Kesepaduan Sosial

Prof. Dr. Ding Choo Ming

Prof. Dr. Ding Choo Ming

 

Sub-Projek C : Prof. Dr. Ding Choo Ming (Ketua)&Prof. Madya Dr. Shanthini Pillai (Penyelidik Bersama)
Tajuk Sub-projek : Sastera Dalam Kesepaduan Sosial

Penyelidik di bawah sub-projek ini kini di dalam proses membuat tinjauan karya lepas serta kajian perpustakaan dengan pengumpulan bahan sastera dalam pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia dan Mandarin) yang melibatkan unsur etnik. Selain itu, konsep 1 R + 3 R dalam sastera Bahasa Tamil dan Sastera Bahasa Inggeris Malaysia ditinjau bagi tujuan membina rangkaian data kesedaran  kesepaduan sosial dalam sastera Bahasa Tamil dan Inggeris di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukan negara bangsa dan masyarakat global. Penyelidik juga telah menghadiri konferens antrabangsa International Conference on Linguistics, Literature and Culture 2012 (ICLLIC) di Pulau Pinang dan Symposium on English Language Arts and Literature (MELTA) di Universiti Malaya untuk meluaskan jaringan serta memperoleh maklumat berkaitan penyelidikan.

Executive Sumary

Developing an “united nation” of different ethnic groups in Malaysia  requires the ability each of the ethnic groups to understand, communicate with, and effectively interact with one another. All this would eventually lead to the creation of broad and inclusive space for national political discourse and decisions, replacing the narrow and exclusive political discourse and decision, which would in turn reinforce one common notion of citizenship. 

All these would involve cultural competence comprising at least the following four components:

  1. Awareness of one’s own cultural worldview,
  2. Attitude towards cultural differences,
  3. Knowledge of different cultural practices and worldviews, and
  4. Cross-cultural skills.

One way to develop cultural competence is to grasp the values, norms, and traditions that affect how individuals of particular ethnic groups perceive, think, interact, behave, and make judgments about their world and the other through our culture, which would include literature. We assume that contemporary and classical literature, including proverbs and idioms, can be significant tools to study the constructions of inter-ethnic politics of understanding and, therefore,  can be significantly used as effective tools to forge cultural competence, multiculturalism, racial integration and eventually united-nation building in Malaysia.

We aim to find out whether nation building can be strengthened further via a depiction of shared core values or whether disenfranchisement follows in its stead by using a continuum based approach that ranges from what Shamsull  A.B  has theorized as the “authority defined nation” on the one end or the “nations of intent” located within a specific ethnic consciousness on the other hand. e investigate for the first time in Malaysia in what way the literatures produced and proverbs and idioms that we inherited can promote inter-ethnic understanding and communication leading to heightening of our cultural competence, and multiculturalism and uniting Malays, Chinese, Tamil and others better mentally, psychologically, spiritually than before.

The objectives of this research are:

  1. Establish how the realities of Malaysian nationhood are presented through the constructs of inter-ethnic politics , multiculturalism, cultural competence,  social integration, and others through literary works
  2. Examine  the various ways in which literature in prose and poetry engage with and transgress the  boundaries of inter-ethnic understanding through depictions of shared value systems derived from each ethnic community.
  3. Establish whether the evidence of engagement of inter-ethnic politics and multiculturalism and others in the source materials mentioned gravitates towards a middle ground that promotes cultural competence amongst us and lead us to nation building through inter-ethnic understanding or whether instead it gravitates towards the extreme ends of the continuum.
Can literature and traditional proverbs and idioms in Malay, Chinese, Tamil and English help in bringing us closer in creating 1Malaysia by 2020?
How to strive a balance?

How to do it is what we intend to do in this research by looking for values, guidance and inspiration at our literature and proverbs. We know we have problems with multiculturalism, but Malaysians need to be united racially and culturally for survival, prosperity and progress. No matter what the answers may be, the appreciation, acceptance or promotion of multiple ethnic cultures through literature and proverbs is also a long process of exposure to otherness in order to foster the irreducible value of diversity within sameness. So far, Malay, Chinese, Indians and others can live, learn, work, pray, play, and entertain separately, and a better understanding and communication through the wisdoms in literature and proverbs  would hopeful help us to integrate better from time to time.

Examples of short stories:

  • Cengkaman Norma – Saroja Theavy
  • Meja Bulat dan Minyak Angin – Mohamad  Saleeh Rahmad
  • Peristiwa Lama – Osman Dol
  • Keputusan – Nordin Saad
  • Darah Kita Merah – Abdul Latif Talib
  • Di Pinggir Kesedaran – Osman Ayob
  • Kedai Sederet di Kampung Kami – Keris Mas
  • Kewek – Eh Deng Eh Chik
  • Doa Tahun Baru – Uthaya Sankar
  • Kandasami – Saroja Theavy
  • Guruh – Othman Puteh
  • Meniti Pelangi – Siow Siew Sing
  • Jison Anak Sarawak – Jamila K. A. Mohamed Kutty
  • Simfoni Batang Lupar – Nor Tahirah Abdullah Sani
  • Api yang Telah Padam – Mohd. Ismail Sarbini
  • Anak Dibuat Denak – Ishak Haji Muhammad (kebencian terhadap penjajah & bukan Melayu)
  • Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing – Harun Aminurrashid (peniaga Cina yang menipu mata dacing)
  • Dolly – Bidadari dari Shanghai – Ishak Haji Muhammad (kecurigaan Melayu terhadap bukan Melayu yang hendak melemahkan kedudukan ekonomi Melayu)

Examples of novel:

  • Musafir (1959) –  Hassan Muhammad Ali
  • Tugu (1965) –  Hassan Muhammad Ali
  • Embun dan Tanah (1965) – Ibrahim Omar
  • Lingkaran (1965) – Arenawati
  • Biru Warna (1966) – Awang Had Salleh
  • Interlok (1973) – Abdullah Hussain

Examples of poem:

  • Anak Jiran Tionghua – Usman Awang
  • Hidup Bersama – A. Samad Said
  • Tanah Airku – A. Wahab Ali
  • Pulang – Adi Badiozaman Tuah
  • Bicara Setia – Ahmad Sarju
  • Lagu Cinta Tanah Air – Anis Sabirin
  • Kuala Lumpur– Cheng Poh Hock
  • Tanah Airku – Dharmawijaya
  • Tiga Pesan Pembangunan –  Firdaus Abdullah
  • Lagu 31 Ogos – Goh Then Chye
  • Pada Negara Ini – Joseph Selvam

Examples of Chinese literature:

  • 方修. 新马文学史论集. 香港:香港三联书店分店,联合新加坡文学书屋, 1986.
  • 张锦忠. 离散与流动: 从马华文学到新兴马华文学
  • 张锦忠. 重写马华文学史论文集. 南投:国立暨 南国际大学东南亚研究中心, 2004.
  • 吴岸. 盾上的诗篇. 麻坡:南风出版社, 1988.
  • 甄供. 生命的延续———吴岸及其作品研究. 加影: 新纪元学院学术研究中心, 2004.
  • 林春美,张永修. 从“动地吟”看马华诗人的身份认同
  • 黄万华,戴小华. 全球语境·多元对话·马华文学. 济南:山东文艺出版社, 2004.
  • 马仑. 城乡回旋曲. 新加坡:新亚出版社, 1971.
  • 马仑. 不碎的浪花. 笨珍:文赋书局, 1976.
  • 马仑. 贝壳之歌. 笨珍:华商报, 1977.

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek C2 (Projek 1): Sastera Dalam Kesepaduan Sosial

 

Prof. Madya Dr. Shanthini Pillai

Prof. Madya Dr. Shanthini Pillai

 

Prof. Madya Dr. Shanthini Pillai
Tajuk Sub-projek : Sastera Dalam Kesepaduan Sosial
Social Cohesion through Literature in Education (Malaysia)

 

Frequent opportunities for genuine interaction among different ethnic communities must be provided in education to encourage cooperation towards a common goal.   (“Study on Multiculturalism and Inter-Ethnic Relations in Education”.  Violeta Petroska-Beska, Mirjana Najcevska, Nikolina Kenig, Safet Ballazhi, and Ana Tomovska.UNICEF Country Office, Skopje. November 2009, p. 106). Literature facilitates personal understanding, encourages social cohesion, the determining of societal structure, and the defining of individuality within the larger society. Students’ engagement with literary texts, especially in the social processes of constructing meaning, exploring interpretation, and openly discussing issues of culture and identity brings critical awareness of diverse cultures and identities in a multicultural society.

In Malaysia, the teaching of literature is beneficial to learners as its inclusion would enable them to improve their language as well as enrich their understanding of culture.  (Sivapalan, Subramaniam & Abdullah 2010). One of the aims of the inclusion of the literature component in the English syllabus to help students in their “personal development and character building and widen their outlook of the world through reading about other cultures and world views” (Ganakumaran 2003).


Historical Background of Literature in Malaysian Schools
Literary texts used in Malaysian Secondary Schools in the 1960s and 1970s:
As an elective or optional subject examined in the Senior Cambridge Certificate or Malaysian Certificate of Education and Higher Schools Certificate Examinations.

Texts include:

    1.  Albert Schweitzer’s Life Story Little Women
    2. Anthology of Poems, Merchant of Venice
    3. Romeo and Juliet
    4. Macbeth
    5. Round the World in Eighty Days My Fair Lady
    6. Oliver Twist
    7. Prisoner of Zenda
    8. David Copperfield
    9. Robinson Crusoe
    10. Wuthering Heights
    11. Jane Eyre
    12. Pride and Prejudice
    13. Treasure Island
    14. Hounds of Baskerville
    15. Great Expectations

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

  • kesepaduan
Teruskan membaca

Sub-projek A (Projek 2): Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia

Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub

Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub

 

Sub-Projek A : Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub (Ketua)
Tajuk Sub-Projek:  Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia

Sub-projek yang diketuai oleh Prof. Dr. Inayah Yaakub dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dianggotai oleh barisan penyelidik bersama dari UKM dan Universiti Teknologi Mara Perlis (UiTM) ini menghuraikan tentang kemampuan perundangan yang sedia ada dari aspek sejarah, evolusi perundangan Malaysia, justifikasi struktur perundangan yang sedia ada serta rasional undang-undang Inggeris n prinsip ekuiti yang masih diterima pakai.

Perkaitan  di antara perpaduan dengan perundangan yang sedia ada secara umum dapat dikenalpasti dengan melihat undang2 sedia ada. Pasukan peyelidik telah menggunakan pendekatan “hard law” (fasa 1) sebagai means untuk dapatan awal kajian ini.Satu bengkel penyelidikan dan perbincangan meja bulat telah diadakan pada bulan Disember 2012 di Kuala Terengganu bagi membincangkan tentang progres terbaru sub-projek dan penyuntingan buku yang juga merupakan output atau hasil penyelidikan terkini. Selain itu, satu Perbincangan Meja Bulat 1/2012- Perundangan Negara, Patriotism, & Kesejahteraan Kaum Malaysia anjuran bersama Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara bakal dianjurkan pada bulan Januari 2013 yang akan datang.

Output projek ini terdiri daripada 5 tahap iaitu:

  1. Perkaitan  di antara perpaduan dengan perundangan yang sedia ada secara umum dapat dikenalpasti dengan melihat undang2 sedia ada.
  2. Kecenderungan private commercial law terhadap pembudayaan  pendekatan “tanpa mengenal kaum”.
  3. Limitasi dan batasan penerimaan undang-undang Inggeris di Malaysia dapat dikenalpasti melalui penghakiman kes-kes mahkamah yang diputuskan sejak kemerdekaan.
  4. Mengenalpasti dasar dan  asas bagaimana merumuskan bahawa perundangan yang  sedia ada mampu memenuhi aspirasi kehendak pelbagai  kaum.

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek B (Projek 2): Memahami Kontradiksi Dan Keseinambungan Amalan Federalisme Melalui Penelitian Perlembagaan

 

Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar (wakil Ketua: Prof. Madya Dr. Faridah Jalil)

Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar (wakil Ketua: Prof. Madya Dr. Faridah Jalil)

 

Sub-Projek B : Prof. Madya Dr. Faridah Jalil (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Memahami Kontradiksi Dan Kesinambungan Amalan Federalisme Melalui Penelitian Perlembagaan

Prof. Madya Dr. Faridah Jalil, selaku Ketua Sub-projek bersama rakan-rakan penyelidik lain kini dalam usaha untuk mengenalpasti kesesuaian sistem persekutuan berteraskan Perlembagaan Malaysia sebagai alat untuk menjaga kesepaduan sosial dalam menangani cabaran pelbagai kaum dalam Malaysia. Objektif strategi yang digunakan ialah:

  1. Mengukur tahap pengetahuan masyarakat terhadap konsep federalisme
  2. Mengukur kefahaman masyarakat terhadap konsep federalisme.
  3. Mengukur penerimaan masyarakat terhadap konsep federalisme
  4. Mengukur tahap pengetahuan penggubal dasar terhadap konsep federalisme
  5. Mengukur kefahaman penggubal dasar terhadap konsep federalisme
  6. Mengukur penerimaan penggubal dasar terhadap konsep federalisme
  7. Mengukur tahap pengetahuan pelaksana dasar terhadap konsep Federalisme
  8. Mengukur kefahaman pelaksana dasar terhadap jonsep Federalisme
  9. Mengukur penerimaan  pelaksana dasar terhadap konsep Federalisme
  10. Mengenalpasti samada amalan pusat atau negeri menepati amalan Federalisme
  11. Mengenalpasti samada amalan pusat atau negeri menggalakkan perpaduan
  12. Mencadangkan amalan terbaik federalisme bagi Malaysia

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 50 orang responden dan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan konsep federalisme di kalangan masyarakat telah dikenalpasti. Sehingga bulan Disember 2012, sub-projek ini kini sedang menjalankan kerja lapangan dengan mengedarkan soal selidik kajian ke seluruh negara. Kini, soal selidik telah siap diedarkan ke beberapa buah negeri seperti Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak.

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek C (Projek 3): Integriti Dalam Kesepaduan Sosial

Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusoff

Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusoff

 

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusof (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Integriti Dalam Kesepaduan Sosial

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meneliti keupayaan pelan integriti nasional untuk mewujudkan budaya integriti dalam masyarakat sebagai teras penting penyatuan dalam konteks kesepaduan sosial.

Sehingga bulan Disember 2012, pasukan penyelidik di bawah sub-projek ini masih dalam proses memasukkan data kajian (key in data) dan membuat tinjauan kajian literatur di Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi mendapatkan maklumat terkini dan bahan rujukan kajian. Selain itu, penyelidik sub-projek ini juga telah selesai aktiviti kerja lapangan mengikut perancangan asal di mana soal selidik kajian telah diedarkan ke seluruh Malaysia.

Antara objektif kajian ini ialah:

  1. Pelan Integriti Nasional dinilai secara objektif dan sistematik
  2. Kekuatan dan kelemahan PIN dikaji
  3. Pembentukan Polisi Pembudayaan Integriti dalam Pembentukan Negara Bangsa dicadangkan dalam mewujudkan budaya integriti dalam masyarakat

Objektif strategi yang ditetapkan bagi tujuan mencapai objektif kajian ialah:

  1. Satu set soal selidik yang mengandungi soalan-soalan untuk menilai PIN secara objektif dan sistematik disiapkan.
  2. Resolusi untuk menjadikan PIN  sebagai wadah mewujudkan budaya integriti dalam masyarakat dan menjadi teras penting penyatuan dalam konteks kesepaduan sosial.

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek D (Projek 2): Pembina Atau Pembinasa: Kuasa Korporat Dan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Dalam Membentuk Kesepaduan Sosial

 

Dr. Muhammad Reevany Bustamy

Dr. Muhammad Reevany Bustami

 

Sub-Projek D : Dr. Muhammad Reevany Bustami (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Pembina Atau Pembinasa: Kuasa Korporat Dan Csr (Tanggungjawab Sosial Korporat) Dalam Membentuk Kesepaduan Sosial

Sub-projek ini diketuai oleh Dr. Muhammad Reevany Bustami dari Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menilai kuasa korporat dan CSR (tanggungjawab sosial korporat) dalam membentuk kesepaduan sosial.  Output yang dijangkakan akan dicapai ialah tahap sumbangan sektor swasta dalam membantu pengukuhan kesepaduan sosial bertunjangkan governans dan perundangan sedia ada dikenalpasti.

Sehingga bulan Oktober 2012, sub-projek ini kini berada pada peringkat kajian rintis dengan menjalankan temubual ke atas beberapa responden yang terlibat. Terdapat 2 hasil penyelidikan berbentuk abstrak setakat ini. Kini, penyelidik di bawah sub-projek ini telah beberapa kali mengadakan perbincangan mengenai kajian bagi mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan. Selain itu, penyelidik juga sedang menjalankan kerja lapangan bagi mendapatkan data dan mengenalpasti tahap sumbangan sektor swasta dalam membantu pengukuhan kesepaduan sosial.

Some of the issues discussed were:

  • issues / problem of social cohesion research in Kuala Lumpur,
  • stakeholders mapping,
  • types of CSR programs,
  • sampling issues,
  • what are the CSR programs in the hospital
  • CSR in private hospitals, and
  • child care in crisis in Malaysia

Corporate child care

  • Corporate childcare is a specific form of child care sponsored or managed by an employer
  • It may be a perk or a part of the CSR policy of the company
  • It can provide the working parents with an opportunity to find work-life balance
  • It may increase employee loyalty, decrease maternity leaves and improve on-job concentration.

 

CSR

  • Corporate Social Responsibility (CSR) has always been an integral part of how Pantai serves and care for the community and its people, within Malaysia and the region.
  • CSR also plays a critical role in Pantai’s success in the past and Pantai will continue to do its part to reach out and care for the communities it serves.
  • Pantai’s contributions and CSR initiatives is also our way of giving back to the nation.

Sampling / Research scope:

 

Sectors / Industries:

  • Pertanian, Ternakan & Perikanan (Agriculture, Livestock & Fishing sector)
  • Perlombongan & Pengkuarian (Mining & Quarrying sector)
  • Perhutanan & Pembalakan (Forestry & Logging Sector)
  • Petroleum dan gas (Oil & Gas sector)
  • Pembuatan (Manufacturing sector)
  • Pembinaan (Construction sector)
  • Perumahan (Real estate sector)
  • Perkhidmatan (Service sector)
  • Pelancongan (Tourism sector)
  • Pendidikan (Education sector)

 

Companies: 

  • Multinational Companies (MNCs)
  • Public-listed Companies (PLCs)
  • Government-linked Companies (GLCs)
  • Small-medium sized enterprises (SMEs)
  • Others: Sole Proprietorship (also known as Sole Trader), Partnership, Limited Company (SDN. BHD. or BHD.)

 

States / Zones:

  • Zone I – Perlis, Kedah, Pulau Pinang
  • Zone II – Terengganu, Kelantan, Pahang
  • Zone III – Melaka, Negeri Sembilan, Johor
  • Zone IV – Selangor, W. Persekutuan, Perak
  • Zone V – Sabah, Sarawak

 

Ethnic (Corporate structure)

  • Board of Directors                   –   Chairman, Inside Directors, Outside Directors
  • Top Management Team        –   Chief Executive Officer (CEO), Chief Operations Officer (COO), Chief Finance Officer (CFO)
  • Middle Management Team  –   Managers
  • Executive Team                                              
  • Staff Team

 

Ethnic (Community)

  • Malaysians
  • Foreigners

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek A (Projek 3): Etnisiti Di Tempat Kerja

 

Prof. Dr. Mansor Mohd Noor

 

Sub-Projek A : Prof. Dr.  Mansor Mohd Noor (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Etnisiti Di Tempat Kerja

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dibahagikan kepada 3 sektor iaitu:

a.Primary sector-agri & agro activity
b.Tertiary Sector-hotel services
c.Production sector-automobile & aero industry

 

Primary Sector-Agri & Agro Activity dipecahkan lagi kepada:
1.Perniagaan Peruncitan Perniagaan Komputer di Plaza Low Yatt
2.Pasar Malam di Negeri Sembilan & Sarawak
3.Pasar Borong Produk Pertanian Nilai 3
4.Sejarah Etnisiti di Tempat Kerja
5.Dunia Siber Etnisiti di Tempat Kerja

 

Pengukuran sedia ada yang akan dijadikan asas kepada pembinaan Indeks Kesepaduan Komposit Sosial ialah:

1.MESRA: kualiti hidup & hubungan etnik
2.Etos bangsa
3.Indeks ketegangan sosial JPNIN
4.Kesepaduan sosial
5.Ikatan sosial
6.Cross cutting ties & relationship

 

Sub-projek ini dijalankan berdasarkan kerangka teoretikal di mana analisis struktural  digabungkan bersama teori pilihan rasional untuk memahami pengaruh struktur sosial ke atas tingkah laku manusia dan kedinamikan yang boleh berlaku dalam masyarakat. Satu bengkel telah diadakan pada bulan Disember 2012 bagi membincangkan tentang Pembinaan Indeks Komposit Kesepaduan Sosial dengan mengambilkira beberapa indikator seperti MESRA: kualiti hidup & hubungan etnik, etos bangsa,indeks ketegangan sosial JPNIN, kesepaduan sosial, ikatan sosial, cross cutting ties & relationship sebagai pengukuran sedia ada yang akan dijadikan asas pembinaan indeks tersebut. Kajian rintis pula dijangkakan akan dijalankan pada tahun kedua iaitu tahun 2013.

Mesyuarat Penyelidikan Bersama Penyelidik Dari Universiti Toulose

Sub-projek A Projek 3 PADU “Etnisiti di Tempat Kerja” yang diketuai oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor telah mengadakan perbincangan mengenai sub-projek beliau dengan Prof. Jean Pierre Poulain dan pasukan kajian daripada Universiti Toulose, iaitu Dr. Cyrille Laporte dan Ms. Sara Abourich pada 18 Mac 2013 jam 11.00 pagi di bilik mesyuarat KITA, UKM. Taklimat mengenai PADU secara keseluruhan dan pengurusan kewangan dibentangkan oleh Tn. Haji Anis Yusal Yusoff, Koordinator PADU. Turut bersama dalam perbincangan adalah pelajar PhD KITA, Pn Marcela, RA PADU, Cik Nurul Syafawani Halim dan Cik Amal Amirah Omar.

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

Teruskan membaca

Sub-projek B (Projek 3): Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)

 

Prof. Madya Abdul Hadi Harman Shah (wakil Ketua: En. Anis Yusal Yusoff)

Prof. Madya Abdul Hadi Harman Shah (wakil Ketua: En. Anis Yusal Yusoff)

 

 

Sub-Projek B : En. Anis Yusal Yusoff (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)

Sub-projek ini merupakan lanjutan daripada projek KITA-MESRA dan kini telah menyusun pola kepelbagaian etnik ruang utiliti dan harian kawasan kediaman dan kawasan awam di Seremban. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur, pengamatan, fokus temubual berkumpulan serta soal selidik kajian. Selain itu, ruang identiti mono dan multi etnik telah dikenalpasti melalui proses pengamatan manakala simbol-sibol etnik yang pelbagai juga telah diteliti juga melalui kaedah pengamatan. Hasil penyelidikan berbentuk abstrak dan kertas kerja telah terhasil setakat ini.

Ruang multi-etnik sebagai ruang sosial

Sekiranya ruang multi etnik itu dilihat sebagai ruang sosial, beberapa persoalan produksi dan re-produksi ruang sosial itu perlu diteliti. Lefebvre menghujahkan bahawa ruang sosial itu bukan sesuatu benda tetapi apa yang terhasil dari pelbagai hubungan sosial, yang juga menghasilkan hubungan sosial. Hubungan antara etnik yang merupakan sebahagian dari hubungan sosial yang lebih menyeluruh ini juga membentuk ruang dan terhasil dari ruang yang ada. Ruang multi etnik sukar diteliti kerana sifat hubungkait bukan sahaja terkesan ciri etnik (disamakan dengan spesis dalam konteks ini), tetapi juga latar individu (yang mana dalam kes biodiversiti sifat individu dalam sesuatu spesis tidak begitu berbeza). Dari sudut materialis, apa yang kelihatan berkait kesepaduan antara etnik menunjukkan potensi hubungan antara etnik dan katalis kepada memahami penggerak hubungan yang lebih baik.  Kajian ini menumpukan perhatian kepada pola ruang hubungan etnik dari sudut dayahuni tempat dan komuniti lestari.

 

Pengkategorian ruang multi-etnik

Ruang yang menempatkan pelbagai etnik terhasil dapat dikategorikan kepada empat;

 

1. Ruang utiliti multi etnik menempatkan keperluan harian setiap etnik. Ini lebih bersifat ruang gunasama yang seharusnya tidak mendikriminasi mana mana kumpulan etnik.
2. Ruang hak multi etnik merupakan ruang yang dilihat sebagai kepunyaan bersama setiap etnik.  Contoh paling jelas mungkinnya Dataran Merdeka, Dewan Parlimen atau Tugu Negara.  Ruang sebegini melampaui ruang utilitarian yang mungkin merupakan sebahagian dari fungsi ruang tersebut.
3.Ruang identiti multi etnik cuba menggarap sebuah identiti untuk semua etnik.  Ini lazimnya akan sama ada meleburkan pelbagai identiti kepada suatu collage ala pasca moden atau menggunakan identiti asing untuk menggantikan identiti khusus mana mana etnik.
4.Ruang maruah multi etnik lebih sukar untuk divisualisasi namun ia merupakan ruang yang sanggup dipertahan setiap etnik.  Contoh yang paling ketara ialah ruang negara dan sempadannya.

Ruang pelbagai etnik juga terikat kepada skala dan konteks.  Di peringkat global atau antarabangsa, mana mana ruang di peringkat lokal berkemungkinan mengikat pelbagai etnik tadi (contohnya Kepulauan Spratley atau Batu Putih) dan dalam konteks tertentu dipertahan walaupun secara hariannya mungkin tidak dihiraukan sekiranya berada di negara itu sendiri (mungkin ramai yang tidak tahu pun di mana letaknya kedua dua ruang tersebut).  Ruang sekuriti dan ruang wibawa sesebuah negara merupakan antara ruang sebegini. Yang menyukarkan analisis khusus hubungan antara etnik ialah betapa hubungan sesama individu itu sendiri, tanpa mengira peranan etnik itu sendiri, semakin berkurangan. Walau pun dikatakan dengan adanya media sosial hubungan semakin meningkat, apa yang bertambah hanya pemerhati pasif yang bersifat seakan akan seorang voyeur dalam melihat perlakuan orang lain.

 

 

Usahasama di antara Sub-projek B (Projek 3): Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik (Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™)  dengan pihak ASTRO AWANI

KITA MESRA AWANI project

 

Sub-project B: Projek 3 PADU, Memantau Tahap Hubungan Kaum KITA-MESRA™ telah mengadakan perjanjian usahasama dengan ASTRO AWANI. Satu mesyuarat telah diadakan pada 15 Mac 2013 jam 10.00 pagi untuk membincangkan kajian lanjutan projek KITA-MESRA™ dan penggunaan data kajian dalam rancangan bual-bicara ASTRO AWANI. Koordinator PADU yang juga Ketua Sub-projek KITA-MESRA, Tn. Hj. Anis Yusal Yusoff telah bertemu Sdr. Kamarul Bahrain Haron, Tn. Haji Nazri Kahar, Puan Adilah Arshad dan Sdr. Noor Azam Shairi daripada ASTRO AWANI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan membaca