Cuaca angkasa adalah perubahan keadaan alam sekitar di ruang berhampiran Bumi atau ruang dari atmosfera Matahari hingga atmosfera Bumi. Perubahan keadaan alam sekitar ini banyak dipengaruhi oleh aktiviti Matahari yang memberi kesan pada Bumi terutamanya pada iklim, sistem telekomunikasi dan lain-lain.
Cuaca angkasa terjadi akibat dari ribut suria daripada Matahari yang bergerak merentasi angkasa dan menghentam atmosfera Bumi. Aktiviti seperti ribut suria, limpahan partikel-partikel elektromagnetik dan radiasi dapat memberi impak yang besar pada hidupan dan juga teknologi. Cuaca angkasa boleh menyebabkan kerosakan pada satelit, menggangu sistem komunikasi dan navigasi, sistem grid kuasa terbengkalai, hakisan saluran paip bawah tanah. kapal angkasa dan juga membahayakan nyawa angkasawan.
Ilustrasi di bawah dapat menunjukkan bagaimana ribut suria dapat merentasi ruang angkasa dan seterusnya sampai ke bumi.
Sumber : NASA