Tompok matahari menunjukkan kawasan aktif pada matahari. Ia dikaitkan dengan medan magnetik matahari atau fluks yang sentiasa berubah. Lazimnya kawasan aktif merupakan sumber asal kepada suar matahari. Oleh itu, sumber asal suar matahari boleh dijejaki melalui tompok matahari yang menunjukkan kawasan aktif pada Matahari. Kawasan tompok matahari adalah lebih sejuk berbanding permukaan matahari yang biasa namun suhunya tetap tinggi iaitu sekitar 3700°C.
Semakin besar suar matahari yang berlaku, semakin besar tompok matahari yang dapat dilihat pada tempat yang sama. Satelit GOES mengambil gambar tompok matahari pada setiap peristiwa suar matahari.
Rajah 1 menunjukkan tompok matahari iaitu kawasan hitam pekat (dinamakan umbra) dikelilingi oleh kawasan kurang gelap (penumbra) di sekeliling.
Rajah 1 : Tompok matahari (sumber : NASA)