Bengkel Pensijilan Profesional
Ahli Program Pengajian Asas Kejuruteraan, PPAK, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan bengkel pensijilan profesional pada bulan Julai 2017. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:
1. Bengkel ini diharapkan dapat membantu pelajar sebagai nilai tambah dan mengasah kemahiran pelajar untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan.
2. Bengkel akan membantu para pelajar memahami pengaturcaraan serta aplikasinya di dalam industri serta menerapkan element data analitik serta aplikasinya dalam silibus matematik kejuruteraan.
3. Melalui bengkel ini kita berkemampuan untuk menyamaratakan tahap dan taraf pengetahuan matematik dalam kalangan para pelajar FKAB, UKM. Diharapkan juga dengan adanya Bengkel Pensijilan Profesional ini serta program yang akan dijalankan semasa program tersebut mampu membawa para pelajar FKAB ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kajian yang mereka ceburi, selaras dan selari dengan aspirasi UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan untuk Bengkel Pensijilan Profesional adalah seperti berikut:
Tarikh | Masa | Bengkel Pengaturcaraan | Penyampai/Moderator |
---|---|---|---|
6 Julai 2017 | 9.00 pg - 12.00 t.hari | SPSS | Dr. Firdaus Mohamad Hamzah |
2.00 ptg - 5.00 ptg | SPSS | Pn. Nur Arzilah Ismail | |
6 Julai 2017 | 9.00 pg - 12.00 t.hari | Advanced Excel | Dr. Ang Wei Lun |
2.00 ptg - 5.00 ptg | Advanced Excel | Pn. Izamarlina Asshaari | |
13 Julai 2017 | 9.00 pg - 5.00 ptg | Matlab | Dr. Noorhelyna Razali & Dr. Noraishikin Zulkarnain |
9.00 pg - 5.00 ptg | Maple | Dr. Muhamad Alias Md. Jedi | |
13 Julai 2017 | 9.00 pg - 5.00 ptg | Risk Simulator | Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd Nopiah |
Melalui aktiviti Bengkel Pensijilan Profesional, pihak PPAK menjangkakan bahawa masalah ketidakmampuan penerapan matematik ke dalam kursus-kursus kejuruteraan di kalangan pelajar FKAB dapat diatasi dengan menunjukkan aplikasi matematik dalam penyelidikan dan kehidupan seharian. Dengan nilai tambah melalui bengkel ini, FKAB mampu menghasilkan para graduan yang mampan bukan hanya dalam bidang keahlian mereka, malah para graduan ini kelak mampu menangani masalah matematik yang bakal ditemui dalam kegiatan mereka sebagai pengamal kejuruteraan di tempat kerja masing-masing.