Perbandingan Pelan Pasca Bayar Malaysia

Bertemu kita buat kali pertama tentang tajuk yang telah diberikan seperti di atas. Sebelum saya memulakan penulisan, suka saya mulakan dengan satu persoalan, kenapakah kita perlu buat perbandingan pelan komunikasi yang ditawarkan oleh Syarikat-syarikat Telekomunikasi(akan diringkaskan sbg “telco”) di Malaysia ini? Jika soalan ini ditanya kepada saya, maka saya akan menjawab seperti berikut.

Pertama, sebab kita mahukan satu pakej yang sangat menjimatkan serta sesuai dengan kemampuan kita dan dalam masa yang sama, kita juga ingin mengetahui adakah pelan yang kita ambil setakat ini merupakan pakej yang paling terbaik diantara yang terbaik yang ditawarkan/dipersaingkan oleh telco-telco di luar sana.

Kedua, agar kita tidak perlu terlalu setia bertahun-tahun pada satu jenis telco sahaja, walaupun ada telco lain yang boleh menawarkan pakej paling terbaik, dan juga dalam masa yang sama menawarkan kualiti rangkaian yang lebih bagus di kawasan kita. Pihak kerajaan juga telah membantu nasib pelanggan-pelanggan telco yang mana telah pun ditetapkan bahawa pelanggan-pelanggan adalah bebas untuk bertukar-tukar telco dengan mengekalkan nombor telefon yang sama. Terma pertukaran telco yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Mobile Number Portability (MNP)

Seingat saya sejak tahun 2010 lagi saya telah ber’MNP’. Pada masa itu saya adalah seorang pengguna pelan prabayar yang sangat tegar dan sentiasa mencari pakej pelan yang terbaik untuk saya ‘MNP’kan. Pada ketika itu, pelan pascabayar adalah sangat tidak berbaloi, sebab nak gunakan data sahaja pun kena tanggung sewa bulan untuk hidupkan talian sahaja(pada yang sangat jarang buat panggilan).

Namun begitu, tahun 2015 ini merupakan tahun yang sangat berbeza buat pelan pascabayar. Tahun ini merupakan tahun transformasi. Sejak GST bermula Mei 2015 lepas, persaingan antara telco-telco dalam arena pascabayar sungguh rancak. Sehinga Oktober 2015 ini iaitu ketika artikel ini ditulis, barulah saya dapat buat perbandingan yang mantap melibatkan ke semua telco-telco utama di Malaysia ini. Perbandingan yang telah dikaji secara kasar oleh saya adalah seperti di dalam gambarajah jadual berikut :

Jadual Perbandingan Pelan TelcoPerbandingan yang saya tampilkan pada jadual tersebut adalah perbandingan berdasarkan pekej pelan yang menawarkan ‘Panggilan dan SMS Tanpa Had’ kerana inilah tumpuan utama persaingan antara sesama telco buat masa sekarang ini. Keterangan mengenai *, **, dan *** yang terdapat pada jadual di atas adalah seperti berikut;

* Telco D  telah menawarkan promosi tambahan kuota data sehingga 30 November 2015. Sepanjang tempoh promosi ini, jika pelanggan baru dan pelanggan sedia ada melanggan pakej Smart 98 dan Smart 148, mereka akan menikmati tambahan kuota 2GB selama 12 bulan.Untuk rujukan terperinci sila layari http://new.digi.com.my/Page/products/default/all_postpaid#More-Calls-SMS.

** Telco M  juga telah menawarkan promosi tambahan kuota data sehingga 30 November 2015. Sepanjang tempoh promosi ini, jika pelanggan baru dan pelanggan sedia ada melanggan pakej One 98, 128, 158 dan 188, mereka akan menikmati tambahan kuota 1GB selama 4 bulan. Promosi Khas tawaran istimewa 1GB selama 6 bulan diberikan untuk pelanggan yang mendaftar pakej One 188(belum termasuk dengan tawaran promosi tambahan kuota 1GB selama 4 bulan). Untuk rujukan terperinci sila layari http://www.maxis.com.my/en/personal/plans/postpaid-plans/maxisone.html.

*** Telco C  juga turut bersaing dengan tawaran ‘Call Opimiser’ ATAU Internet Optimiser. Sebaik sahaja salah satu daripada peruntukan asas First Basic 85(samada Data atau Panggilan&SMS) telah habis digunakan, barulah pelanggan layak menikmati tawaran ‘Call Opimiser’ ATAU Internet Optimiser untuk satu kitaran bil. Contoh, jika Kuota Data Asas 2GB habis digunakan lebih dahulu daripada peruntukan Panggilan Percuma Asas 100 minit, maka secara automatik pelanggan akan dapat nikmati tawaran ‘Internet Optimiser’(tambahan 3GB), dan begitulah juga sebaliknya jika Panggilan Percuma Asas 100 minit habis digunakan lebih dahulu daripada Kuota Data Asas 2GB. maka secara automatik pelanggan akan dapat nikmati tawaran ‘Call Optimiser’(tambahan 600min dan 600sms). Untuk rujukan, sila layari https://www.celcom.com.my/personal/plans/first/rates?pid=1415184938644.

Kesimpulannya.

Daripada jadual tersebut, dapati pelan yang ditawarkan oleh Telco U menawarkan pelan yang paling murah berbanding dengan telco-telco lain. Telco U juga menawarkan panggilan percuma ke semua rangkaian. Tiada tawaran SMS percuma, namun begitu ini tidak menjadi masalah pada masa sekarang kerana adanya aplikasi ‘messaging’ seperti WhatsaApp, Telegram dan lain-lain, telah mengambil alih keperluan SMS. Apa yang menarik tentang pakej P70 ini juga, ada boleh kongsi kuota internet dengan tambahan maksimum 2 sim kad. Nilai 1 sim kad tambahan cuma berharga RM10. Sangat sesuai buat pelanggan yang ada peranti telefon lebih dari satu. Namun begitu, sim kad tambahan tersebut tidak boleh berkongsi panggilan percuma semua nombor seperti yang terdapat pada sim kad prinsipal. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan P70 sila layari https://www.u.com.my/postpaid. Untuk maklumat mengenai kongsi internet pada sim kad tambahan sila layari https://www.u.com.my/postpaid-packages/new_postpaid_memberPlan.

Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat keputusan bertukar telco (melakukan MNP) kepada telco pilihan anda, anda perlu juga mengkaji kualiti rangkaian telco tersebut di tempat anda ataupun di kawasan-kawasan lain yang biasa ada berasa seperti balik ke kampung halaman misalnya. Kita boleh semak dahulu, kualiti liputan rangkaian di laman sesawang telco-telco tersebut di sini → Telco D (http://coverage.digi.com.my/broadband); Telco M (http://58.71.131.131/mimsgoogle/gmapform.aspx); Telco C (http://coverage.celcom.com.my/CelcomCoverageIIPub/faces/CelcomCoverage.jsp) dan Telco U (http://www.u.com.my/coverage). Sekian, semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. “Jadilah pengguna yang bijak”. Terima kasih.

 

Disediakan oleh : Suffian PTM

(Visited 4,764 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *