Bahan-bahan
Hidangan Ayam Masak Kari:
(Hidangan untuk 5 orang)
Ayam (5 ketul)(920g)
Rempah ayam kari, dibancuh dengan sedikit air
(1 sudu makan)(30g)
Bawang putih, dikisar (3 ulas)(13g)
Halia, dikisar (2sm)(5g)
Bawang kecil, dikisar (5 biji)(25g)
Biji sawi ( ½ sudu teh)(10g)
Halba (1 sudu teh)(5g)
Daun kari (1 tangkai)(10g)
Minyak sayuran
(½ sudu makan)(5g)
Susu rendah lemak
(1 cawan)(50ml)
Asam jawa (1 sudu makan)(30g) dicampur air panas
(1 cawan) (50ml)
Tomato, dipotong 6 (1 biji)(100g)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Hidangan Ayam Masak Kari:
1.
Panaskan minyak.
2.
Tumiskan bahan kisar, biji sawi dan halba. Tumis sehingga berwarna perang dan berbau wangi.
3.
Masukkan rempah kari. Masak sehingga garing.
4.
Kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Masak sehingga mendidih.
5.
Masukkan ayam dan biarkan sehingga masak.
6.
Kemudian masukkan tomato dan masak untuk 5 minit.
7.
Masukkan susu rendah lemak. Didihkan selama 1 minit. Hidangkan.
   
       
Info/Tips Sihat
Ayam masak kari ini rendah kalori dan rendah lemak berbanding ayam goreng dan lauk bersantan kerana menggantikan santan dengan susu rendah lemak.
Buangkan kulit dan lemak dari ayam sebelum masak kerana ia mengandungi kolesterol dan lemak yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar/lumpuh.
Santan digantikan dengan susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak untuk meningkatkan kalsium dan protein. Susu rendah lemak dimasukkan pada akhir masakan supaya kari tidak menjadi berketul-ketul.
Rempah kari mengandungi antioksidan yang baik untuk meningkatkan daya ingatan.