Bahan-bahan
Hidangan Taukua dan Tempe Berlada:
(Hidangan untuk 5 orang)
Taukua, dipotong dadu kecil dan digoreng
(5 keping)(250g)
Tempe, dipotong dadu kecil dan digoreng
(5 keping)(220g)
Cili padi, dikisar (2 biji)(2g)
Cili merah, dikisar dan dihiris halus
(1 biji)(5g)
Bawang putih, dikisar (2 ulas)(10g)
Bawang merah, dikisar (1 biji)(40g)
Halia, dikisar (1sm)(3g)
Cili merah, dihiris halus
(4 biji)(20g)
Cili hijau, dihiris halus
(4 biji)(20g)
Kicap manis (1 sudu makan)(15g)
Gula (1 sudu teh)(5g)
Cara Penyediaan
Hidangan Taukua dan Tempe Berlada:
1.
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga harum.
2.
Masukkan kicap manis dan kicap masin. Masak sehingga garing sedikit.
3.
Masukkan gula. Kemudian masukkan taukua dan tempe yang telah digoreng dengan menggunakan kuali tidak lekat dan sedikit minyak masak
(1 sudu makan) dan kacau sehingga rata.
4.
Masukkan cili hijau dan cili merah dan kacau sehingga rata. Padamkan api dan hidangkan.
   
       
Info/Tips Sihat
Taukua dan tempe tinggi kalsium dan sumber protein soya yang baik untuk kesihatan tulang dan wanita menopaus.
Tips kurangkan minyak pada tempe dan taukua yang digoreng adalah dengan tuskan atau menggunakan tisu untuk menyerap minyak masak berlebihan.