Bahan-bahan
Hidangan Oats dan Susu Tepung Rendah Lemak:
(Hidangan untuk 1 orang)
Oats(6 sudu makan)(40g)
Susu tepung rendah lemak
(2 sudu makan) (14g)
Air masak panas (2 cawan)(280 ml)
   
Hiasan
Kismis ( ½ sudu teh)(3g)
Cara Penyediaan
Hidangan Oats dan Susu Tepung Rendah Lemak:
1.
Campurkan oats dan susu tepung rendah lemak.
2.
Masukkan sedikit air suam dahulu untuk larutkan susu tepung rendah lemak dan kacau sehingga sebati.
3.
Masukkan air panas ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.
4.
Hiaskan dengan sedikit kismis untuk menambah rasa. Boleh dihidangkan dalam mangkuk atau cawan.
       
Info/Tips Sihat
Oats boleh mengurangkan kolesterol berlebihan dalam badan dan baik untuk kesihatan jantung serta usus.
Oats boleh diambil secara kosong atau diambil bersama buah-buahan untuk meningkatkan serat serta menambahkan rasa ke dalam oats.
Susu kaya dengan kalsium yang boleh mengurangkan risiko sakit sendi dan osteoporosis (tulang rapuh).
Individu yang mengalami osteoperosis lebih mudah mengalami keretakan tulang jika jatuh.
Susu mengandungi tryptophan yang membantu badan menghasilkan serotonin untuk membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Susu tepung rendah lemak perlu dilarutkan dengan sedikit air suam terlebih dahulu supaya tidak menjadi berketul-ketul.