Bahan-bahan
Hidangan Keledek Rebus dan Sambal Tumis:
(Hidangan untuk 1 orang)
Keledek rebus
Keledek rebus (1 cawan)(96g)
Garam (1 sudu teh)(5g)
Air secukupnya
 
Sambal tumis :
Ikan bilis, rendam (5 sudu teh)(35g)
Cili kasar (15 biji)(45g)
Asam jawa (1/2 cawan)(75ml)
Garam dan gula secukup rasa
Bawang merah, dihiris dan ditumbuk halus
(1 biji)(40g)
Halia, diketuk dan ditumbuk halus
(2sm)(5g)
Bawang merah, ditumbuk halus
(4 biji)(20g)
Bawang putih, ditumbuk halus
(2 ulas)(10g)
Belacan, ditumbuk halus
(2sm)(20g)
Minyak masak (1 sudu teh)(5g)
   
Cara Penyediaan
Hidangan Keledek Rebus dan Sambal Tumis:
Keledek rebus
1.
Kupaskan kulit keledek, potongkan kecil dan cuci. Letakkan dalam periuk, tuang air secukupnya dan tambah garam.
2.
Rebuskan sehingga keledek empuk, tuskan. Masukkan semula dalam periuk, hidupkan api perlahan dan biarkan keledek tadi sehingga kurang sedikit airnya. Hidangkan bersama sambal tumis.
 
Sambal tumis
1.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk dan halia sehingga wangi.
2.
Masukkan cili kasar dan tumis sehingga naik minyak. Tuangkan asam jawa, kacau dan masak sehingga pekat.
3.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4.
Kacau dan masukkan ikan bilis dan bawang besar. Kacau sehingga rata.
5.
Masa sambal tumis sedikit lagi sehingga menjadi pekat. Hidangkan bersama keledek rebus.
       
Info/Tips Sihat
Keledek rebus merupakan pilihan lebih sihat berbanding kuih bersantan, bergoreng dan kuih manis.
Keledek mengandungi polifenol yang melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya ingatan.
Ikan bilis kaya dengan kalsium yang boleh mengurangkan risiko sakit sendi dan osteoporosis (tulang rapuh).
Individu yang mengalami osteoperosis lebih mudah mengalami keretakan tulang jika jatuh.