Bahan-bahan
Minuman Teh Susu:
(Hidangan untuk 1 orang)
Uncang teh (1 uncang)
Gula (1 sudu teh)(5g)
Susu tepung rendah lemak
(2 sudu makan) (13g)
Air panas (2 cawan) (280ml)
   
Cara Penyediaan
Minuman Teh Susu
1.
Rendamkan uncang teh dengan air panas dan masukkan gula. Kacau sehingga rata.
2.
Dalam cawan yang berlainan larutkan susu tepung rendah lemak dengan sedikit air suam. Setelah dilarutkan, masukkan susu tersebut ke dalam campuran teh dan gula.
3.
Kacau sehingga rata. Hidangkan.
       
Info/Tips Sihat
Teh susu mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding teh O. Susu kaya dengan kalsium yang boleh mengurangkan risiko sakit sendi dan osteoporosis (tulang rapuh).
Susu tepung rendah lemak perlu dilarutkan dengan sedikit air suam terlebih dahulu supaya tidak menjadi berketul-ketul.
Susu pekat manis (krimer manis) BUKAN sejenis susu. Ia tidak disarankan kerana kandungan gula dan lemak yang tinggi serta kandungan kalsium dan zat lain adalah rendah.
PERINGATAN! pengambilan minuman manis seharusnya tidak melebihi 2 kali sehari sahaja. Pilihan yang lebih baik ialah air kosong.
PERINGATAN! Pesakit kencing manis dinasihatkan agar tidak mengambil minuman manis.