Tips Pemakanan Bajet (Tips 1 - PELAN BIJAK)

     
Rancang hidangan dan makanan ringan (kudapan) untuk seminggu yang bersesuaian dengan bajet.
 
Sediakan hidangan yang mampu tahan lama supaya lebih jimat (contoh: asam pedas, sup, kari tanpa santan dan makanan ditumis).
Hidangan boleh disejukbeku dalam bekas kecil dan dinyahbeku sebelum digunakan. Pastikan hidangan dinyahbekukan sepenuhnya sebelum dimasak atau dipanaskan.
Proses nyahbeku perlu dilakukan menggunakkan kaedah yang sesuai. Terdapat tiga cara proses penyahbekuan iaitu :
 
a)
Bekas yang diisikan dengan ayam, daging atau hidangan lain yang beku perlu direndam dalam bekas berisi air.
b)
Gunakan ketuhar gelombang mikro (pilih defrost untuk proses penyahbekuan).
c)
Letak di ruang pendingin (chiller) dalam peti sejuk.
Sediakan senarai barangan runcit yang mahu dibeli.
Ambil peluang untuk membeli barangan dapur semasa promosi di pasar raya atau membeli dengan kupon diskaun.
Tips 1