Kaedah Analisis Air di Lapangan

 

Disediakan oleh: En. Muhammad Barzani Gasim

 

Penganalisisan dan pengukuran halaju air dapat dilakukan serentak di beberapa lokasi terpilih daripada sebuah saliran sungai bagi mendapatkan perkaitan diantara keduanya.

Memandangkan kaedah ini mempunyai perbezaan maka huraian akan dilakukan berasingan seperti berikut:

 

a)       Kaedah Penganalisisan Air

 

Terdapat sekurangnya lima parameter kualiti air yang dapat diukur secara langsung di lokasi terpilih, iaitu: oksigen terlarut, kekondaktivitian, suhu, pH dan pepejal terampai..

Pengukuran setiap parameter hendaknya dilakukan lebih dari sekali untuk mendapatkan purata bacaan (sekurangnya tiga kali). Sebelum dilakukan pengukuran alat yang kita guna mesti dikalibrasikan sesuai dengan formula yang bersesuaian untuk mendapatkan ketepatan bacaan. Semasa kerja lapangan pensampelan air keadaan cuaca semasa dan sebelumnya perlu diperhatikan seperti misalnya keadaan hujan/mendung dan hari panas/cerah. Perkara ini perlu diambil kira bagi pengiraan debit air semasa analisis dilakukan.

 

b)       Kaedah Pengukuran Hidrologi

Perkara yang perlu diketahui dalam hidrologi ialah penentuan halaju air sungai (m2/saat), kadar aliran sungai (m3/saat) terhadap setiap lokasi yang telah dilakukan pensampelan dan analisis air. Terdapat dua cara dalam penentuan kaedah ini:

 

1)       Cara biasa (konvensional)

 

Pilih dan pastikan sebuah sungai yang lurus dan tidak terlalu besar (l/k dua meter lebar dan 50 cm dalam). Dengan menggunakan pita pengukur, tentukan jarak tiga meter sepanjang sungai. Apungkan bola pinpong/gabus dan tentukan masa apungan dengan menggunakan “stop watch”. Maka halaju sungai akan diperoleh dalam unit m2/saat. Kadar aliran sungai diperoleh dengan cara formula seperti berikut:

 

Luas dasar sungai = panjangx lebar x ½ tinggi

 

 Kadar aliran air = luas x halaju

 

2)       Dengan menggunakan alat (Flow/Current Meter)

 

Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan bacaan halaju air dalam unit m2/saat. Penentuan kadar aliran air adalah sama seperti di atas.