LOKALITI 4 : LOMBONG EMAS PENJOM, KUALA LIPIS

Lombong emas ini terletak berhampiran dengan Bandar Kuala Lipis.  Lombong ini masih lagi beroperasi dan dilaporkan masih mempunyai simpanan emas yang banyak.  Ahli geologi di sini (ex-UKM) sedang giat menjalankan penyiasatan untuk mencari  longgokan emas yang baru.


Batuan di kawasan ini terdiri dari syal, kuartzit, konglomerat, tuff, dan daik aplit.  Emas yang terdapat di kawasan ini adalah berasosiasi dengan telerang kuarza yang juga turut berasosiasi dengan trend sesar yang terdapat di kawasan ini. 


Foto 1: Spesimen emas yang mengisi rekahan dalam telerang kuarza.

Foto 2: Pemandangan lombong
dedah di Penjom Gold Mine.

Foto 3: Sesar normal yang
memotong dan mengerakkan
lapisan batuan (warna cerah)

Foto 4: Terowong yang dibina
bagi mendapatkan emas