LOKALITI 5 : Gua
Batu kapur Bama Gua
batu kapur yang menunjukkan morfologi kars; i.e. gua batu kapur, takuk laut,
stalaktit, stalagmit, turus, gua, saliran bawah tanah dan sebagainy. Batu kapur di bahagian bawah (batuan
sedimen bertuf ?) menunjukkan struktur perlapisan manakala bahagian atas
adalah lebih masif. Beberapa fosil
brakiapod, Phricodothyris sp. Dan karang Lophophyullidium sp. Boleh diperolehi
di bahagian bawah iaitu bahagian peralihan antara batuan sedimen bertuf
dengan batu kapur yang masif.
Foto
1. Geopelancungan kawasan batu
kapur Gua Bama boleh menjadi kawasan tarikan manusia yang sukakan keindahan
ciptaan Allah. Kelihatan batu
kapur Gua Bama yang masif di bahagian atas, manakala bahagian bawah
menunjukkan ciri-ciri perlapisan.
Foto
2. Peserta ekspedisi ke Jalur
Tengah/Pantai Timur sedang berehat sambil menikmati keindahan Gua Bama
Foto
3. Bahagian bawah Gua Bama yang memperlihatkan
struktur perlapisan yang jelas. Ada
yang menyatakan batuan ini sebagai batuan sedimen bertuf (?). Di bahagian atas foto menunjukkan
morfologi takuk laut disebabkan oleh hakisan air. |