lokaliti 6 : Jalan Padang Tengku-Merapoh (volkanoklastik)
Batuan volkanoklas berfoliasi. Batuan segar berwarna kehijauan dan perluluhawaan menyebabkan perubahan warna menjadi kemerahan. Terdapat batuan yang sangat berbeza dari segi tekstur dan warna yang terdapat berhampiran dengan batuan volkanoklas ini, ditafsirkan sebagai batuan syal bertuf (?) dan menunjukkan warna kuning cerah dan bersaiz lempung.
Foto 1. Singkapan batuan volkanoklas di jalan Merapoh-Gua Musang. Batuan yang berwarna hijau di bahagian kiri adalah batuan vokanoklas, manakala di bahagian kanan foto, yang berwarna kuning cerah adalah merupakan batuan sedimen…mungkin syal bertuf (?).
Foto 2. Foto menunjukkan batuan volkanoklas berfoliasi di bahagian kanan foto dan juga batuan sedimen bertuf di bahagian kiri. Perhatikan perbezaan warna dua litologi ini. (Skala ialah En Zulfahmi ).
Foto 3. Gambar close-up batuan sedimen bertuf yang terdapat berhampirann dengan batuan volkanoklas berwarna hijau. Batuan ini bersaiz lempung dan terdapat bintik-bintik mineral feldspar….syal bertuf (?). (Yang bertopi itu adalah Dr. Wan Zuhairi…)
|