Pendahuluan Kerjalapangan
ini dijalankan selama lapan hari bermula pada awal cuti semester dua setiap
sesi pengajian. Kerjalapangan ini
akan bermula di UKM dan akan meliputi tiga negeri di pantai timur iaitu
Kelantan, Pahang dan Terengganu. Matlamat
Kandungan
Kursus Kerjalapangan
ini akan dijalankan dengan melawati berbagai-bagai jenis singkapan batuan di
sepanjang jalanraya, pantai, kuari,
lombong dan gua batu kapur. Di
samping itu keadaan geomorfologi, pemineralan, fosil, struktur geologi dan
pembinaan dengan input geologi kejuruteraan dapat diperhatikan. |