KESELAMATAN
Kerjalapangan geologi lazimnya tidak merbahaya jika beberapa langkah keselamatan diambil semasa kerja tersebut dijalankan. Di antaranya ialah :--
- Selalu berhati-hati dan berfikir semasa melakukan sesuatu. Di kawasan jalanraya perhatikan lalulintas sebelum menyeberangi jalan
- Berpakaian sesuai untuk kerjalapangan. Pakaian yang boleh memudahkan pergerakan anda dan sesuai untuk cuaca panas dan sejuk
- Bila mengetuk batuan di singkapan, pastikan tiada sesiapa berdekatan dan lindungi muka dan mata anda
- Jika berlaku kemalangan, laporkan terus kepada penyelaras kerjalapangan
- Jaga kebersihan; jangan membuang sampah merata-rata, bawa balik sampah jika tiada tempat sesuai untuk membuangnya dan senyum-senyum selalu.
PERALATAN
Pakaian yang sesuai yang mencukupi untuk kerjalapangan, seperti seluar panjang, kasut getah, dan topi serta baju hujan
Kompas geologi
Tukul geologi
Kanta tangan
Buku nota lapangan
Alat tulis yang sesuai
Bekas air minuman
Wang yang secukupnya untuk perbelanjaan, makan dan minum
Kamera (jika ada)
[ keluar ]
|