BAGAIMANA TERHASIL | ||||
Air bawah tanah merupakan satu daripada sistem peredaran air bumi yang dikenali sebagai kitaran hidrologi termasuklah air pemukaan dan air atmosfera. Formasi-formasi yang mengandungi air dari kerak bumi bertindak sebagai konduif untuk mengalirkan air dan sebagai reservoir bagi simpanan air. Air memasuki formasi-formasi ini dari bawah pemukaan bumi atau dari jasad-jasad air permukaan . Selepas itu, air tersebut mengalir pelahan-lahan dalam jarak yang berlainan sehinggalah kembali ke permukaan bumi oleh tindakan aliran semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan atau manusia secara praktis. kesemua air bawah tanah berasal dari permukaan. Sumber utama pengimbuhan semula jadi air bawah tanah termasuklah kerpasan, aliran sungai, tasik dan reservor. Sumbangan lain adalah akibat daripada pengimbuhan buatan, terdapat daripada lebihan pengairan, tirisan daripada terusan dan air yang sememangnya digunakan untuk menambahkan bekalan air tanah. Air laut juga boleh memasuki bawah tanah melalui pantai yang mempunyai kecerunan hidaraulik mencerun ke arah pedalaman. Air didalam tanah bergerak ke bawah menerusi zon tepu di mana air bergerak pada arah yang ditentukan oleh kedaan hidraulik sekeliling. UNTUK MELIHAT GAMBARAJAH KITARAN HIDROLOGI SILA KLIK DI SINI |