Cara mengatasi
Antara cara-cara mengatasi ;
LANGKAH MENCEGAH
Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali
dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom
klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah
tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses
itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya
sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.
Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu
molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .
Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti
alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan
Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada
1000 meter.
LANGKAH MENGAWAL
Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan
partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu
menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik
partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas,
asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di
tepi cerobong.
Modal experimen
adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan.
Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.
'Wet Scrubber'
Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal experimen.
Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan
oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal
ozon.