Friday, March 2, 2007Friday, March 2, 2007">Friday, March 2, 2007m1 --> Friday, March 2, 2007
jpegjpoeg  
BENCANA GEOLOGI  
 
 
 
 
 

 
5.0 KESAN KEJADIAN TANAH RUNTUH

 

Tanah runtuh merupakan satu malapetaka major dunia kerana ianya tersebar luas dan memberi impak yang besar termasuk negara Malaysia. Kesan daripada malapetaka tanah runtuh ini berbahaya kepada manusia dan juga kepada benda hidup yang lain.

Contohnya, bahan di cerun yang tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta dan menghalang laluan jambatan. Aliran sungai bercampur lumpur yang dahsyat boleh menyebabkan banjir sepanjang laluannya.


Begitu juga dengan air batu floes yang terbentuk dalam sungai menyebabkan sungai tersumbat dengan air batu dan mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan. Air batu boleh terkumpul di tubir atau di atas lapisan salji yang lemah atau tidak stabil menyebabkan runtuhan berlaku.


Aliran piroklas (pyroclastic) yang berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas boleh memakan apa sahaja yang dilalui memberi kesan kemusnahan dan kematian.

Antara kesan sosial yang dapat diterangkan seperti:

1. Kemerosotan ekonomi negara

Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda. Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik pulih semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara.

Contoh:

  1. Secara puratanya, tanah runtuh ini menyebabkan kerugian yang bernilai $1-2 billion  US dolar dan 25 kecelakaan setiap tahun di Amerika Syarikat.
  2. Di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik pulih kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan ianya merupakan pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah tanah runtuh U.S.
  3. Kerugian akibat tanah runtuh di United States dianggarkan sebanyak 1.5 billion dolar secara tahunan.
  4. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu tanah runtuh meliputi kawasan 5400 persegi. Menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya 10 juta dolar ringgit.

2. Kerosakan infrastruktur.
Tanah runtuh  boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada daya aliran tanah mahupun lumpur.
 
Contoh:

  1. Kemusanahan sesebuah bangunan dan juga penempatan.
  2. Tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah bandar.
  3. Kerosakan jalan raya
  4. Terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem komunikasi.
  5. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu kawasan mengalami tanah runtuh dengan keluasan sehingga  mencapai 5400 persegi. Menyebabkan sistem perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta benda dan juga kemusnahan rumah.
  6. Di Lembah Alpine, akibat daripada aliran Lumpur menyebabkan kerosakan jambatan akibat daripada daya aliran tersebut.
  7. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo

 

3. Kehilangan nyawa.

Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh.

Contoh:

  1. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga.
  2. Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban dan ramai yang tercedera.
  3. Tanah Runtuh di Aberfan Wales di Uk melibatkan gelinciran puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan sebuah sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah kanak-kanak sekolah terbabit yang berusia antara 7 hingga 10 tahun.
  4. Kejadian tanah runtuh di La Conchita, California iaitu di pinggir pantai California yang terletak 80 km ke barat laut Los Angeles menyebabkan 30 buah rumah musnah dan 10 nyawa terkorban.

4. Perubahan landskap permukaan bumi.

Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair.

Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak stabil.

 

 

 

 
 
Kemusnahan akibat bencana Tanah Runtuh
 

Contoh Kemusnahan harta benda dan infrastruktur :

kl

a. Kemusnahan kediaman akibat penimbusan aliran tanah runtuh (Taman Hillview, Ulu Kelang)

jpeg

b. Tanah runtuh yang meranapkan rumah kediaman (Kampung Pasir, Ulu Kelang)

mn

c. Runtuhan bangunan akibat aliran air yang merosakkan struktur tanah dan menyebabkan tanah runtuh. (Hingland Tower, Ulu Kelang)

xd

d. Struktur binaan yang tidak stabil juga mengundang kesan buruk tanah runtuh (di Laguna, Orange County)

yu

e. Kejadian tanah runtuh memusnahkan kediaman (di tenggara Utah).

kjnh

f. Tanah runtuh juga mengganggu sistem perhubungan (di Barat laut Pasifik)

pl

g. Aliran tanah runtuh yang pantas menyebabkan kehilangan harta benda dalam sekelip mata (aliran lumpur di California)

bv

h. Penimbusan akibat tanah runtuh (di Ugavizza, berhampiran Udine Utara Itali)

[keluar]