Umumnya, setiap cerun tanah mengalami tekanan
samada dari daya semulajadi (gravity) atau faktor
luaran yang lain. Bahan batuan mungkin mengalami luluhawa
menghasilkan retakan yang akhirnya membuka dan
memisahkan batuan dari cerun. Partikel-partikel tanah juga boleh
menjadi lebih longgar dan terurai
mencetuskan pergerakan. Tiga prinsip mekanisma tanah runtuh
iaitu jatuhan (falling),
gelongsoran (sliding) dan
aliran (flowing) yang membawa bahan tanah,
batuan, atau campuran batuan dan tanah serta pergerakan tebing. Ini
serba sedikit telah dibincangkan di bawah tajuk
pengelasan.
Kelajuan pergerakan tanah runtuh
apabila berlaku kegagalan juga bergantung kepada bahan
dan sifat bahan tanah atau batuan dan
mekanisma bagaimana ianya berlaku serta kekuatan
skalanya. Kelajuan pergerakan runtuhan tanah boleh menjadi:
- Laju atau sangat laju (rapid
landslide) dari beberapa saat hingga beberapa minit atau
- Sederhana laju (intermediate
landslide) dari beberapa minit hingga beberapa jam atau
- Sangat perlahan (slow landslide)
dari beberapa hari hingga bulan atau tahun.
Pergerakan tanah runtuh yang laju biasanya berlaku
pada cerun yang curam atau jatuhan batuan atau tanah secara bebas
dari tebing yang menegak. Pergerakan tanah secara sederhana atau
perlahan pula biasanya bergantung pada cerun yang lebih landai atau
mengikut aliran air sungai atau kehadiran kekar pada batuan.
Pergerakan tanah runtuh mungkin bermula dari kelajuan yang perlahan
tetapi akhirnya menjadi spontan pada tahap kritikal sehingga boleh
menyebabkan kemusnahan kepada sekelilingnya.
1. Pergerakan Laju
Contoh pergerakan tanah yang bergerak pantas adalah
seperti aliran debris, aliran lumpur dan
jatuhan batuan atau tanah. Aliran lumpur
boleh mencapai kelajuan sehingga 5km per jam tetapi
bergantung kepada jenis bahan peroi halus yang
dibawa bersama. Bahan peroi yang berketumpatan bandingan tinggi
boleh mengangkut bersama bongkah batuan. Aliaran lahar
juga berlaku dengan pergerakan yang pantas membentuk
longgokan atau memasuki sungai-sungai atau tasik-tasik.
2. Pergerakan Perlahan
Contoh pergerakan tanah yang perlahan ialah seperti
rayapan (creep), glasier (glacier)
dan Solifluksi (solifluction). Rayapan adalah
pergerakan susutan jisism yang paling perlahan dan
berlaku pada cerun yang landai (10 hingga 30 darjah). Pembentukan
glasier boleh menyebabkan beban yang besar ke atas tanah atau
batuan. Ia adalah sejenis canggaan plastik yang
boleh mencapai pergerakan satu hingga dua meter
setahun. Akan tetapi, jika ketebalan ais kurang dari 35
meter, pergerakan mungkin tidak berlaku. Solifluksi meliputi
pergerakan ketul yang tepu dengan air . Ia disebabkan oleh proses
pembekuan dan pencairan ais berganti-ganti.
|