| laman utama | laman kursus|ukm | Geologi |STAG3322 |STAG3342 |

www www.ukm.my/zuhairi






      Hak cipta terpelihara® Dr. Wan
      06-Mar-2012 10:37 AM


Google

dwzwy Selamat datang, dan terima kasih kerana memilih modul Geologi Sekitaran. Modul ini disediakan untuk memberikan maklumat terkini, informasi berguna dan latihan terbaik dalam geologi sekitaran. Bidang Geologi Sekitaran adalah merupakan bidang yang masih baru dan mendapat sambutan yang baik di masa ini. Bidang ini merupakan satu cabang geologi gunaan, di mana ilmu geologi digunakan untuk menyelesaikan masalah akibat dari kesan pengunaan alam sekitar.

Modul ini terdiri dari 3 kursus yang diajar pada semester I & II dalam tahun ke 3 pengajian, antara kursus yang ditawarkan ialah:--

         i.  STAG3322 : Isu dan Penilaian Sekitaran
Kursus ini ditawarkan pada Sem I setiap sesi. Kursus ini adalah kursus wajib bagi pelajar tahun III yang mengkhusus dalam pakej geologi sekitaran. Pakej ini terbahagi kepada dua bahagian (Pt1 & 2) dan diajar oleh Dr. Wan Zuhairi (Pt 1) dan Prof. Dr. Abdul Ghani (Pt 2). Pt 1 mengandungi kuliah selama 7 minggu (14 kuliah); peperiksaan pertengahan semester (Pt 1 sahaja) dan juga peperiksaan akhir (Pt 1 + Pt 2). Pelajar juga dikehendaki untuk menyiapkan mini projek yang perlu dibentangkan, dipersembahkan dalam internet dan juga kertas kerja. Tajuk-tajuk projek adalah dari cadangan pelajar sendiri, yang berkaitan dengan masalah dan isu alam sekitar

         ii.  STAG3242 : Geosekitaran & Pengaruh Antrapogenik
Kursus ini ditawarkan pada Sem II setiap sesi. Ianya merupakan kursus Wajib Major (WM) untuk pelajar Geologi tahun III yang mengikuti Pakej Geologi Sekitaran. Tenaga pengajar untuk kursus ini ialah Dr. Wan Zuhairi

         iii. STAG3032 : Dinamik Geosekitaran
Kursus ini ditawarkan pada semester I setiap sesi. Kuliah diberikan oleh Prof. Dr. Mohd Shafeea Leman.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan kursus ini sila hubungi saya di:

        Nama : Profesor Madya Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob
        Pejabat: G109, Paras G, Bangunan Geologi
        Tel: +603-89215390
        Fax: +603-89215490
        E-mail: yaacobzw@ukm.my

      Sekian Terima kasih.



Sepatah kata dari Penyelaras Modul Sains Sekitaran: