LAWATAN INFORMASI DARI PUSAT JAMINAN KUALITI UKM

Program: LAWATAN INFORMASI DARI PUSAT JAMINAN KUALITI UKM
Tarikh: 9 Mac 2023 (Khamis)
Tempat: Bilik Mesyuarat Al-Shafie, Aras 1, Bahagian Sumber Manusia, Bangunan Pusat Pengurusan Akademik

Pusat Pengurusan Akademik UKM telah menerima kunjungan Lawatan Informasi dari Pusat Jaminan Kualiti UKM

Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan fungsi antara Pusat Jaminan Kualiti UKM dan Pusat Pengurusan Akademik UKM supaya gerak kerja diantara kedua-dua pusat tanggungjawab berjalan dengan lancar. Perkongsian tatacara dalam pengurusan penjaminan kualiti program pengajian telah disampaikan oleh pengarah Pusat Jaminan Kualiti UKM. Pusat Pengurusan Akademik UKM juga turut berkongsi berkenaan gerak kerja dan fungsi unit dalaman yang wujud di Pusat Pengurusan Akademik UKM semasa sesi lawatan.

Pihak Pusat Pengurusan Akademik UKM berbesar hati menerima kunjungan dari Pusat Jaminan Kualiti UKM dan diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak.

photo_2023-03-09_18-50-19
photo_2023-03-09_18-50-22
photo_2023-03-09_18-50-27
photo_2023-03-09_18-50-26
photo_2023-03-09_18-50-17
photo_2023-03-09_18-50-08
photo_2023-03-09_18-50-11
photo_2023-03-09_18-50-12
photo_2023-03-09_18-50-19 photo_2023-03-09_18-50-22 photo_2023-03-09_18-50-27 photo_2023-03-09_18-50-26 photo_2023-03-09_18-50-17 photo_2023-03-09_18-50-08 photo_2023-03-09_18-50-11 photo_2023-03-09_18-50-12