Unit Promosi mengurus dan melaksanakan program promosi kemasukan ke UKM bagi program-program Prasiswazah dan Pascasiswazah secara bersendirian atau bersama pihak berkepentingan seperti Fakulti/Institut, UKMShape, KPT, KPM, Kerajaan Negeri, Kolej Matrikulasi dan lain-lain. Mengemaskini dan menyelaras maklumat berkaitan semua program pengajian prasiswazah dan pascasiswazah dalam brosur, buku panduan kemasukan dan laman sesawang AKADEMIK UKM bagi tujuan promosi.