LAWATAN KERJAYA TINGKATAN 5 SMK PENGKALAN CHEPA KE UKM

Program: Lawatan Kerjaya Tingkatan 5 SMK Pengkalan Chepa ke UKM
Tarikh: 13 Jun 2023 (Selasa)
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

UKM telah menerima lawatan daripada SMK Pengkalan Chepa, Kelantan. Seramai 77 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring terlibat dalam lawatan tersebut. Para pelajar dan guru telah dibawa melawat ke Galeri Tuanku Canselor, Muzium Warisan Akademik UKM dan Perpustakaan Tun Seri Lanang. Turut dijalankan sesi Taklimat Kemasukan ke UKM bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai syarat-syarat kemasukan dan program-program yang ditawarkan UKM.
Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadikan UKM salah satu universiti pilihan mereka.

 

2-photo_2_2023-06-15_12-01-46
1-photo_1_2023-06-15_12-01-46
3-photo_6_2023-06-15_12-01-46
6-photo_3_2023-06-15_12-01-46
5-photo_4_2023-06-15_12-01-46
4-photo_5_2023-06-15_12-01-46
2-photo_2_2023-06-15_12-01-46 1-photo_1_2023-06-15_12-01-46 3-photo_6_2023-06-15_12-01-46 6-photo_3_2023-06-15_12-01-46 5-photo_4_2023-06-15_12-01-46 4-photo_5_2023-06-15_12-01-46