PERJUMPAAN TAHUNAN STAF AKADEMIK UKM
Program: PERJUMPAAN TAHUNAN STAF AKADEMIK UKM
Tarikh: 11 Mac 2024 (Isnin)
Tempat: Pusat Pengurusan Akademik, Bangunan Tun Fatimah Hashim.
[PERJUMPAAN TAHUNAN STAF AKADEMIK UKM]
Pusat Pengurusan Akademik UKM (AKADEMIK UKM) telah mengadakan Perjumpaan Tahunan Staf AKADEMIK UKM dan bacaan Surah Yasin yang telah dihadiri oleh seluruh Kakitangan AKADEMIK UKM di Pusat Pengurusan Akademik, Bangunan Tun Fatimah Hashim.
Semasa perjumpaan ini Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik UKM telah menyampaikan amanat beliau bagi memastikan garis panduan standard kualiti yang tinggi perlu dipatuhi oleh setiap kakitangan. Ini merangkumi aspek seperti piawaian perkhidmatan, proses kerja, pengurusan kualiti, dan lain-lain untuk memastikan bahawa tahap kecekapan dan kualiti organisasi sentiasa terjamin. Seterusnya, motivasi kakitangan untuk mencipta persekitaran yang mendorong inovasi dan kreativiti. Ini boleh melibatkan memberi ruang untuk percubaan dan kebebasan berfikir untuk mencari penyelesaian terbaik dalam melakukan tugas atau menyelesaikan masalah.
Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Governans Akademik, Encik Basir Bahir; Timbalan Pengarah Kompetensi Siswazah & Promosi, Prof. Dr. Zainuddin Sajuri.
#UKM #AkademikUKM