Latar Belakang
Latar Belakang
Pusat Pengurusan Akademik atau dikenali sebagai AKADEMIK UKM, dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Akademik merupakan satu bahagian di bawah Jabatan Pendaftar UKM yang menguruskan pengambilan, pendaftaran, peperiksaan dan pengijazahan pelajar peringkat prasiswazah. Mulai 1 Mei 2014, Pusat Pengurusan Akademik telah distruktur semula dengan menggabungkan urusan pengoperasian akademik prasiswazah dan siswazah.
Penstrukturan tadbir urus ini adalah bersesuaian dengan enam (6) bidang Keberhasilan Utama UKM. Urusan operasi yang dilakukan di bawah pusat ini ialah:
- Kemasukan pelajar
- Pendaftaran dan penjadualan
- Peperiksaan dan pengijazahan
- Pengurusan data dan rekod pelajar
- Urusan Senat