PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

 Centre for Academic Management

Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2024

Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2024 telah dibuka pada 12 Julai 2024 sehingga 2 Ogos 2024. Pelajar pascasiswazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam penyelidikan Sains Sosial dan Sains Teknologi yang akan bergraduat pada November 2024 dan memenuhi kriteria permohonan adalah dijemput untuk membuat permohonan.

Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk memaklumkan hebahan pembukaan ini kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang layak.

Calon yang layak boleh membuat permohonan di pautan https://bit.ly/MTDC2024

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan Mengenai Hadiah Buku Inovasi MTDC 2024”.

Dokumen penting untuk rujukan adalah:
1) Kriteria Pencalonan Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2024
2) Jadual Kerja Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2024

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
awardsandscholarship@ukm.edu.my
Urus Setia Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC
Pejabat Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Lingkungan 1,
Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim
Universiti Kebangsaan Malaysia